Tuesday 4 May 2010

Tahfifah: On 'Lulusan Perubatan'

~ Kuala Perlis : 31/07/09 ~
Salah seorang kerabat Solehah telah menghantar emel (27/03/10) & memberi dua url yang meminta ayah Solehah membacanya iaitu seperti berikut:
Rasanya, semua penulisan di url tersebut mempunyai kaitan dengan berita yang disiarkan oleh sebuah akhbar perdana hari ini yang bertajuk "Ramai Lulusan Perubatan UKM ‘Lari’ Bekerja di Singapura". Berikut sedutan berita tersebut (dibuat sedikit suntingan).
KUALA LUMPUR 3 Mei – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati semakin ramai siswazah perubatannya ditawarkan kerajaan Singapura untuk berkhidmat di hospital negara itu dengan tahun ini sahaja seramai 20 orang telah berbuat demikian.
Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berkata, dijangkakan seramai 80 lagi akan mengikuti jejak kumpulan itu dan jika ini berlaku ia pasti merugikan negara yang mengeluarkan peruntukan besar membiayai universiti awam.
Sehubungan itu, beliau meminta siswazah perubatan UKM mengutamakan semangat nasionalis dengan berbakti kepada rakyat negara ini dan bukannya mengejar tawaran gaji lumayan di negara asing.
“Sebagai doktor pelatih di Singapura, mereka ditawarkan gaji pokok $2,690 dolar Singapura (RM6,187) manakala doktor pelatih di negara ini dibayar gaji RM3,665 dengan purata elaun antara RM500 dengan RM1,000 sebulan.
“Walaupun ganjaran agak rendah, mereka perlu bangga berkhidmat di negara sendiri,” katanya.
Sumber Asal: Utusan Malaysia: 04/05/10
Catatan:
Baca, buat perbandingan & nilai dengan fikiran yang waras.

No comments:

Post a Comment