Saturday 15 May 2010

Tahfifah: Again On 'Lulusan Perubatan'

~ Also Putting The Glass Down??? ~
Kerabat Solehah sekali lagi menghantar satu url untuk dibaca. Url tersebut ialah tulisan seorang pembaca di sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang memberi respon mengenai ramai doktor Malaysia berhijrah bekerja di Singapura. Hajat untuk diulang baca (agar betul-betul faham), tidak kesampaian kerana terlupa hendak disimpan url tersebut.
Namun, masih teringat intipatinya yang menegaskan bahawa penghijrahan tersebut adalah kerana kelemahan sistem yang diamalkan di hospital-hospital kerajaan di Malaysia. Ungkapan yang masih dapat diingati ialah 'why must be a slave, while I can be a king in another country'. Menurut kerabat tersebut (berdasarkan penulisan), penghijrahan BUKANlah kerana wang tetapi lebih kerana sistem.
Persoalan yang terlintas di benak (sememangnya benak & bukan pemikir) ialah kalau benar kerana sistem, apakah para doktor akan berhijrah jika:
1. Singapura menawarkan gaji yang lebih rendah berbanding Malaysia?
2. ada negara yang mempunyai sistem jauh lebih baik berbanding Singapura, tetapi gaji yang ditawarkan lebih rendah berbanding Malaysia atau Singapura?
Catatan:
1. Mengapa agaknya orang Singapura (termasuk yang bekerja di Singapura) yang mempunyai pendapatan yang jauh lebih besar masih datang berbelanja di JB (termasuk beli rumah) - adakah kerana tidak cukup @ memang ada duit lebih untuk berbelanja di luar Singapura?
2. Ayah Solehah yang gajinya tak seberapa tetap akan berkhidmat di Malaysia walaupun pada satu ketika dulu (sebelum berkahwin) pernah ditawarkan berkhidmat di Brunei.

No comments:

Post a Comment