Wednesday 5 May 2010

Personal: On 'SMS'

~ At Kak Siti's Lab : 16/06/09 ~
Pada malam Ahad lalu (02/05/10 - jam 21:21) terdapat satu mesej masuk ke handphone Ayah Solehah. SMS tersebut (sememangnya ringkas) mencatatkan:
No phone baru saya
- Siti Zubaidah
Setelah menelitinya, saya faham bawa Kak Siti (as called by Solehah - rujuk pos 29/07/09), juru pulih cara kerja di Hospital Sultanah Bahiyah memaklumkan tentang nombor telefon baru beliau. Begitulah bertuahnya kami - kerana Solehah kami diketemukan dengan insan-insan di hospital kerajaan yang dah jadi macam keluarga. Begitulah juga bukti keikhlasan yang ditunjukkan oleh staf-staf di hospital kerajaan.
Selain Kak Siti, kami juga mempunyai (majoriti diberi & bukan kerana diminta) nombor-nombor telefon peribadi staf hospital-hospital kerajaan yang lain. Untuk itu, Solehah & famili ucapkan setinggi-tinggi terima kasih (to the doctors. nurses & lain-lain staf hospital kerajaan).
Catatan:
Tahniah kepada Kak Siti & suami (Abang Hazlee) kerana telah tamat pengajian & juga kerana Abang Hazlee telah dinaikkan pangkat.

No comments:

Post a Comment