Wednesday 26 May 2010

Tahfifah: On 'Berkongsi Rasa'

~ The Platinum, Bangkok : December 2009 ~
Sebuah akhbar perdana edisi Ahad 23/05/10 melapor bahawa sepasang suami isteri (warga India – berumur 34 & 29 tahun) telah terjun (bunuh diri) dari tingkat 29 sebuah kondominium di Brickfield kerana kecewa memiliki seorang anak yang cacat mental yang berusia 2 tahun. Sebelumnya mereka dikatakan membunuh anak mereka iaitu dengan menyumbat kapas ke dalam hidung anak malang tersebut.
Bercampur baur perasaan apabila membaca berita tersebut. Walaupun teramat kesal, namun mengapa tindakan sedemikian diambil dapat difahami. Sesungguhnya, hanya mereka yang juga mempunyai anak istimewa sahaja yang akan benar-benar faham.
Mempunyai anak istimewa akan mewujudkan tekanan perasaan - apa lagi jika keluarga & masyarakat gagal berkongsi rasa. Berdasarkan pengalaman, banyak kata-kata, pertanyaan, komen & tindakan masyarakat (termasuk guru sekolah) yang secara tidak sedar telah menguris perasaan. Justeru, kita tidak harus hairan dengan tindakan pasangan warga India tersebut.
Namun bagi kami sekeluarga, kehadiran Solehah adalah pembawa banyak rahmat Allah. Hanya ayah & mama Solehah saja yang benar-benar tahu akan segala rahmat tersebut. Agak sukar untuk disenaraikan kerana terlalu banyak. Cukup sekadar dikatakan bahawa kehadiran Solehah telah menjadikan keluarga ini lebih bahagia. Terima kasih juga kepada semua kaum keluarga & sahabat handai yang sudi berkongsi rasa.
"Bukan sekadar sokongan tetapi BERKONGSI RASA"
Catatan:
Rahmat terbaru ialah pada 23/05/10 iaitu ayah Solehah sekali lagi (buat kali ketiga) dipilih untuk menerima satu anugerah perkhidmatan - dua kali selepas Solehah dilahirkan.

No comments:

Post a Comment