Tuesday 25 May 2010

Personal: Lagi Mengenai Marsya Nur Alia

~ Sdr. Ridzuan, Marsya & Solehah ~
"Ini nombor contact saya yang baru - 012-424xxxx. Ridzuan Robian."
Begitulah sebahagian sms yang diterima pada 9:45 malam 20/05/10 yang lalu. Sdr. Ridzuan ialah ayah kepada Marsya Nur Alia iaitu anak comel yang disahkan mengidap sindrom yang sama dengan Solehah - rujuk pos bertarikh 02/12/09.
Sejak kunjungan Marsya ke rumah, ingatan kami terhadap anak kecil tersebut tidak pernah luput. Malah mama Solehah sangat berhasrat untuk mengunjungi keluarga tersebut pada hari jadi Marsya (walaupun kami sebenarnya tidak mengetahui bila).
Namun, sebelum sms tersebut iaitu pada 14/05/10 (kalau tidak silap), kami terserempak dengan Marsya & keluarganya di sebuah pasaraya. Kami dimaklumkan yang Marsya akan menjalani pembedahan pangkal paha pada bulan Jun nanti di Hospital Kuala Lumpur. Walaupun singkat pertemuan tersebut, kami sempat berkongsi rasa.
Catatan:
1. Semoga pembedahan tersebut berjaya membantu Marsya - itu doa kami.
2. Kami juga boleh meramalkan perasaan ibu bapa Marsya menghadapi pembedahan tersebut. Semoga kedua-duanya tabah.
3. Demikianlah wujudnya ikatan antara dua keluarga yang menghadapi masalah yang sama.

No comments:

Post a Comment