Saturday 31 October 2009

Personal: On 'Alahan'

~ Solehah & Aziz Desa: SuaRasa TV9: 30/10/09 ~
Sejak kecil, Solehah mengalami beberapa bentuk alahan. Hasil pemerhatian (setelah diminta oleh doktor), Solehah didapati alah kepada persekitaran, cuaca & beberapa jenis antibiotik. Alahan kepada persekitaran & cuaca menyebabkan Solehah mudah mendapat demam, manakala alahan terhadap antibiotik pula akan menyebabkan kulit Solehah membengkak.
Justeru itu, Solehah akan cuba dielak dari berada di tempat yang ramai orang. Kalau terpaksa (seperti di pusat membeli belah) hanyalah untuk seketika sahaja. Kami turut mendapatkan suhu aircon yang sesuai untuknya. Antibiotik yang sesuai juga sudah dikenal pasti.
Dengan izin Allah & diet yang betul, daya tahan Solehah terhadap persekitaran & cuaca kini telah bertambah baik. Tempat-tempat yang dulunya menjadi larangan kini telah boleh dikunjungi. She is very happy about it & so do we.

Friday 23 October 2009

Santai: On "The Four-letter Word"

~ Solehah & Mr. Zulkiflee Osman ~
A friend of Ayah Solehah once asked him about Solehah's surgery. He explained that so far Solehah had gone five surgeries & one more which is scheduled on the 15th. January next year.
This coming surgery is to lengthen the tendon of her right foot. The surgeon who will do the surgery is Mr. Zulkiflee Osman (Orthopedic Paediatric Surgeon from HKL - orang Kulim). This coming surgery will be his fourth time attending Solehah.
When asked about his feelings toward the surgery, Ayah Solehah told his friend (secara bergurau) that he is OK as long as the surgeon does not use the four-letter word while performing the surgery.
"What's that?" asked that friend.
"OOPS!" replied Ayah Solehah.
"Ce****, hang! Aku ingat ... ", his friend retorted.
Catatan:
1. Berdasarkan pengalaman, para doktor tidak akan mengambil risiko sekiranya peluang pembedahan itu berjaya 50 - 50 apa lagi jika pembedahan tersebut lebih bersifat penambahbaikan.
2. Pernah pembedahan terhadap Solehah dibatalkan kerana masalah bius.
3. Pembedahan keenam ini adalah kerana pijakan kaki kanan Solehah tidak rapat (flat on the ground).
4. Mr. Zul telah banyak membantu Solehah & merupakan contoh keikhlasan seorang doktor hospital kerajaan.
5. Hanya Allah yang dapat membalas segala pertolongan yang diberikan Mr. Zul yang telah dianggap rakan karib oleh keluarga Solehah. Doa kami sekeluarga ialah semoga Allah sentiasa merahmati Mr. Zul & keluarganya.

Tahfifah: On ''Strong Believers''

Solehah's final year exam will start next week, i.e this coming Monday, 26th. October until Thursday the 29th. October. She is working very hard - after being force & making a promise to take her for a holiday - to be the top ten in her class. We hope and pray she will achieve what she targeted.
Anyway, we strongly believe she could do it if she is not careless when she sits for the exam. Thanks to her mama who really helps her in preparing for the exam.
Personally, I think it is a fair target as Solehah missed a lot of class attending treatments at the hospital. Moreover, most of her family members are the average academic achievers.
The parents of bright children are strong believers in heredity.
~ Anonymous ~
Catatan:
Sudah dua minggu berturut-turut Solehah ada temujanji di hospital iaitu pada 13 Oktober dengan Pakar Kanak-Kanak & kelmarin, 22 Oktober dengan Pakar ENT.

Thursday 22 October 2009

Jamung: Mana Nak Dapat ...

~ Solehah & her Paksu Mi ~
Akhirnya dengan izin Allah pada 19/10/09 yang lalu, Solehah & keluarganya diketemukan dengan Paksu Mi (suami Maksu Hani - orang 'Ko' Nerang & pakar tepung talam). Kami kenal Paksu Mi & isteri melalui blog ini.
Pertemuan tersebut berlaku kerana ditakdirkan Paksu Mi datang ke rumah atas urusan rasmi iaitu memperbaiki internet connection yang bermasaalah sejak beberapa hari sebelum itu. Ketika membuka pintu pagar, ayah Solehah langsung tidak perasaan Paksu Mi. Namun, semasa bersalaman beliau mengenalkan diri dengan memberitahu bahawa beliau ada mengikuti blog ini. Lantas ayah Solehah kenal yang beliau adalah Paksu Mi.
Maha kaya Allah ... masalah internet connection (yang dianggap sesuatu yang mengecewakan) telah membawa kepada sesuatu yang membahagiakan. MANA NAK DAPAT - rupa-rupanya kerana masalah tersebut (selain internet connection kembali pulih):
1. kami diketemukan dengan antara individu yang ingin sangat kami temui;
2. mendapat nombor telefon personal Paksu Mi - untuk dihubungi jika menghadapi masalah pada masa akan datang.
3. Solehah dapat duit raya daripada Paksu Mi - gembira betul Solehah.
Which do you prefer:
A relationship founded on friendship?
or
A friendship founded on relationship?
Catatan:
1. Iktibar besar yang diperolehi ialah sesuatu kejadian yang menimpa (termasuk musibah) adalah atas kehendak Allah & pasti ada sebabnya.
2. Adalah diharapkan perkenalan ini akan berterusan.
3. Kebahgiaan Paksu Mi & keluarga kami doakan.

Wednesday 14 October 2009

Tahfifah: Kampung Terbakar

~ Abang Mat & Syazwan: Penerima & Bakal Penerima Pinjaman (?) ~
Sabda Rasulullah S.A.W.
"Jiwa seseorang mukmin tergantung dengan hutangnya sehinggalah dia menjelaskan hutangnya."
~Riwayat At-Tarmizi~
Sabda di atas tercatat di dalam surat peringatan terakhir bayaran balik pinjaman pelajaran MARA yang ayah Solehah terima pada 12/10/09 sebagai penjamin kepada salah seorang kerabat Solehah. Surat tersebut mencatatkan bahawa pemuitang telah gagal membuat bayaran selama 9 bulan berjumlah RM450.00. Ini bermakna bayaran balik pinjaman hanyalah RM50.00 sebulan.
Jumlah bayaran tersebut pasti mampu dibayar (kalau mahu) walaupun belum mendapat pekerjaan tetap. Jumlah tersebut amat kecil berbanding duit top-up handphone. Dengan lain perkataan, jika mampu memiliki handphone sudah pasti mampu membayar hutang. Namun, bila gagal membayar setiap bulan, maka jumlahnya menjadi banyak & semakin bertambah.
Bengang!!! Begitulah perasaan ayah Solehah & baginya (seperti peribahasa yang pernah diungkapkan oleh Karam Singh Walia - TV3) "terbakar kampung nampak asapnya, terbakar hati siapa yang tahu".
Catatan:
1. Kalau tidak salah ingatan, ini merupakan kali ketiga surat peringatan diterima kerana menjadi penjamin kepada kerabat tersebut.
2. Adalah diharapkan tiada cucu cicit Cikgu Mat Pedu yang gagal membayar hutang kerana kegagalan berbuat demikian bukan sahaja menyebabkan 'jiwa tergantung' tetapi juga menyusahkan penjamin & menjejaskan orang lain untuk membuat pinjaman.
3. Belajarlah mensyukuri nikmat (agar tidak dikatakan kufur nikmat) dengan menjelaskan pinjaman.
4. Sering juga menerima surat peringatan kerana menjadi penjamin kepada seorang lagi kerabat yang kini sudah mempunyai pekerjaan tetap, isteri yang bekerja, beranak pinak, rumah & dua buah kereta.
5. Bagaimana jika dicadangkan 'ah long' sebagai pemungut hutang pinjaman pelajaran???

Monday 12 October 2009

Personal: Janji II

~ Maksu Hani & Paksu Mi ~
Berbicara tentang "janji", ada beberapa janji yang masih belum dapat ditunaikan. Antaranya ialah janji untuk membawa Solehah mengunjungi gerai Mak Su Hani di Pasar Ramadhan yang lalu.
Walau mempunyai alasan, janji tetap janji & di dalam Islam, janji mesti ditunaikan. Kepada Mak Su Hani, dipohon berbanyak maaf. InsyaAllah janji tersebut akan ditunaikan juga. Bila??? Hanya Allah yang tahu.
Catatan:
1. Foto di atas diambil dari blog Maksu Hani di url http://hanisritalam.blogspot.com/
2. Maksu Hani ialah orang Ko Nerang (Kuala Nerang) - bandar terdekat bagi orang-orang Pedu.

Personal: Janji I

~ Menunaikan Janji ~
Semasa menunaikan fardhu haji pada penghujung 2005, mama Solehah berjanji dengan seorang sahabat (Hajjah Jamilah, Staf Penang Port Commission) untuk menghadiahkan beliau salinan fotostat himpunan amalan & doa harian. Janji tersebut Hajjah tersebut ditemui di dalam Masjid al-Nabawi, Madinah.
Janji tersebut tertangguh untuk beberapa ketika sehinggalah tertunai hanya pada 04/06/09 yang lalu dalam perjalanan pulang membawa Solehah bercuti di Pulau Pinang & meneruskan perjalanan untuk kenduri anak seorang sahabat (Non Jeniang).
Catatan:
1. Dalam Islam, memungkiri janji adalah salah satu sifat orang munafik.
2. Masih terbayang nikmat & keseronokan menjadi "tetamu" Allah. Semoga hajat untuk sekali lagi menjadi "tetamu" Allah akan dapat ditunaikan.

Sunday 11 October 2009

Jamung: Novelhut

~ Books Bought At Novelhut ~
Adalah menjadi kebiasaan (sejak berulang alik ke KL untuk rawatan Solehah) untuk kami sekeluarga singgah & bermalam di Ipoh. Kebiasaan tersebut diulangi baru-baru ini (26/08/09) semasa dalam perjalanan menghantar abang kedua Solehah ke KLIA. Persinggahan di Ipoh kali ini amat bermakna kerana:
Pertama, dapat menunaikan hajat Solehah yang tidak kesampaian sebelum ini iaitu berbuka puasa di hotel.
Kedua, semasa meronda-ronda di Ipoh Parade, ayah & abang kedua Solehah terjumpa sebuah kedai buku terpakai iaitu "Novelhut". Terdapat banyak buku terpakai di situ & harganya amat murah - kebanyakannya sekitar RM3.00 hingga RM8.00. Ayah & abang kedua Solehah membeli beberapa buah buku. If you like reading, that's the place.
Reading is to the mind
what exercise to the body.
~ Joseph Addison ~
Catatan:
1. Novelhut is situated on the 3rd. Level of Ipoh Parade - near one of the entrance of Parkson.
2. Belum sempat baca buku-buku yang dibeli di Novelhut.
3. I had promised myself to buy at least a book a month.

Anekdot: On "Mum's Hope"

~ Aidilfitri 1430H : Solehah with the mums & dads in the family ~
A mother may hope that her daughter will get a better husband than she did, BUT she knows that her son will never get a better wife as his father did.

Wednesday 7 October 2009

Personal: Persamaan Tarikh Lahir

~ A'sri & Non ~
Dua orang sabahat baik kepada keluarga Solehah memaklumkan bahawa tarikh lahir mereka adalah sama dengan ahli keluarga Solehah. Persamaan tarikh lahir tersebut adalah seperti berikut:
1. Tarikh lahir mama Solehah (10 September) sama dengan Saudara Zainol - kenalan & sahabat lama kepada keluarga. Juga merupakan rakan sekursus & sifu matematik kepada ayah Solehah. Beliau menelefon sendiri mama Solehah (beliau panggil Cik Dah) untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir. Beliau juga sering bertanya khabar tentang Solehah.
2. Tarikh lahir abang sulung Solehah (Adi) pada 18 September pula sama dengan tarikh lahir Saudara A'sri - sahabat & boss nombor 3 di tempat kerja. Rakan yang banyak membantu memudahkan pengurusan rawatan Solehah.
Untuk kedua-dua sahabat tersebut - better late than never: SELAMAT HARI LAHIR
Catatan:
Persahabatan yang menyentuh perasaan.

Monday 5 October 2009

Personal: On 'Convocation'

~ Adi & Solehah: Another same moment??? ~
It is another celebration for Solehah and her family. Solehah's eldest brother - Adi, another 'cucu' of Cikgu Mat Pedu had his convocation this morning (5th. October 2009). So, CONGRATULATION ADI - let today be another beginning of life & not the end.
Setiap orang mempunyai cara berbeza meraikan hari yang amat bermakna ini. Bagi segelintir, konvokesyen ialah hari merai kejayaan bersama teman. Namun bagi kebanyakan, hari tersebut haruslah LEBIH diraikan dengan mereka yang selalu mendoakan kejayaan kita iaitu keluarga.
Adakah rakan kita bangun tengah malam mendoakan kejayaan kita??? Anda juga seorang rakan kepada teman. Adakah anda berbuat demikian? Anda sendiri yang tahu jawapannya.
Catatan:
1. Tok Adi & sepupu - Syazwan turut serta pada hari konvokesyen.
2. Hujan turun dengan lebat menyebabkan apa yang dirancang sedikit tergendala.
3. Solehah demam - namun turut serta.