Sunday 16 May 2010

Personal: On 'Teachers Day'

~ Among The 'Gurus' ~
Ahad, 16/05/10 ialah Sambutan Hari Guru. Selain Cikgu Mat Pedu (Tok Wan Solehah), secara amnya terdapat beberapa orang kerabat rapat Solehah yang berstatus guru. Untuk mereka semua diucapkan 'Selamat Hari Guru'.
Namun, taraf guru setiap kerabat Solehah tidak sama. Ada yang:
1. masih berstatus guru - dah lama jadi guru & yang baru jadi guru.
2. dah nak bersara dan dah bersara - bekas guru & bekas pensyarah (persaraan wajib @ pilihan);
3. masih @ pernah mengajar di: tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, institut @ universiti
4. bergelar: guru, guru cemerlang (guru pakar), pensyarah @ pegawai pendidikan;
5. bertugas di luar negara; dan
6. tubuh pra sekolah swasta.
Apa pun, untuk semua yang bergelar guru:
"SELAMAT HARI GURU & TERIMA KASIH CIKGU"
Catatan:
1. Solehah tidak akan ke sekolah esok walaupun dia ingin hadir merayakan Hari Guru. Biasalah ... bila ada sebarang perayaan di sekolah, Solehah sememangnya tidak ke sekolah kerana dia akan dibiarkan keseorangan oleh guru & rakan sekelas - kasihan dia. Namun, hadiah untuk guru-gurunya telah disediakan & akan diberi pada hari Isnin.
2. Al-Fatihah untuk semua guru termasuk Cikgu Mat Pedu.

2 comments:

  1. Kasihan Solehah. Ain juga mengalami situasi yg sama.

    ReplyDelete
  2. Salam Nur,
    1. TQVM kerana singgah di blog ini. Kami sekeluarga mendoakan kebahgiaan Ain sekeluarga.
    2. Kerap juga saya singgah di blog anda & saya dapati anda & famili begitu gigih membesarkan Ain. Untuk itu sekalung tahniah & syabas.

    ReplyDelete