Sunday 28 February 2010

Personal: On 'The Sixth Operation 4'

~ The Housemen ~
Untuk pembedahan keenam, Solehah dibenarkan pulang (dengan kaki bersimen) pada hari Sabtu, 16/01/10 & diberi cuti selama satu bulan. Solehah diminta datang semula ke HTF pada 16/02/10 - ditukar tarikh (melalui panggilan telefon) ke 17/02/10.
Penjagaan selepas pembedahan (post operation) sungguh mencabar. Oleh kerana kaki bersimen, semua urusan harian Solehah terpaksa diuruskan (oleh mamanya & sekali sekala dibantu oleh ayahnya) - sungguh mencabar & cabaran paling besar seterusnya ialah memastikan Solehah mampu berjalan seperti sebelumnya.
Catatan:
1. Before being discharged, led by Dr. Syakirah (kalau tak silap ingatan), a group of houseman visited Solehah - although it was an off day. One of them is from Nizhny Novgorod Medical University, Russia.
2. Till today, Solehah still can't walk - just able to stand. We were trying hard so that she can go to school by this week as the monthly test is just at the corner - next week.

Saturday 20 February 2010

Santai: Hotel Suzuki Inn

~ Macam Model ??? ~
Setiap kali masuk wad, Solehah ditemani mamanya. Walaupun boleh menginap di hotel @ menginap di rumah keluarga/kenalan pada waktu malam, ayah Solehah seberapa boleh memilih untuk berada berhampiran dengan hospital.
Seorang kenalan (orang Perlis) bertanya ayah Solehah tentang tempat penginapan semasa Solehah menjalani pembedahan keenam baru-baru. Ayah Solehah memberitahu bahawa beliau tinggal di 'Suzuki Inn'. Malam pertama berseorangan manakala malam kedua bersama Adi.
"Hotel tu kat mana ya?", tanya sahabat tersebut. Ayah Solehah hanya mampu tersenyum.
Catatan:
1. Selain pesakit (di Institut Peadiatrik, HKL), ibu juga diberi katil & makanan. Si ayah pula boleh tinggal di bilik bapa (di blok yang sama - berhawa dingin, katil double decker, tv & peti sejuk). Hebat hospital kerajaan.
2. Ayah Solehah pernah tidur bersama abang kedua Solehah (Zakwan) di dalam khemah (dibawa sendiri) berhampiran surau semasa Solehah dimasukkan ke wad di Hospital Seberang Jaya.
3. Pernah juga sekali ayah Solehah terpaksa menemani Solehah & mamanya di HSB. Mereka takut sebab tiada lain-lain penghuni. Tiga lagi pesakit di 'discharged'. Walaupun terdapat tiga katil kosong, namun atas prinsip ayah Solehah tidur di atas lantai.

Friday 19 February 2010

Jamung: On 'Nad's Presentation'

~ Baby Cik Nad & Solehah: Aidilfitri 1430H ~
Last Friday (12/02/10) Solehah's dad received a sms from Pn. Nadwah Onwi (Speech Therapist at Hospital Sultanah Bahiyah). We came in contact as Solehah was once referred to undergo a therapy to improve her pronouncation. Her father happened to be a friend of Solehah's dad while her mother was his classmate.
Her sms stated:
"Salam, Nad nak minta kebenaran buat presentation case Solehah di konference sains kesihatan bersekutu, peringkat kebangsaan, boleh tak?"
Atas prinsip pengembangan ilmu, Solehah mum & dad bersetuju. Malah bersedia untuk membantu. So Nad, good luck on the presentation.
Berdasarkan pengalaman, kakitangan perubatan amat aktif menganjurkan program-program perkongsian ilmu. Pernah terlihat bagaimana doktor (junior) di HTF membuat pembentangan & antara yang ikut serta ialah doktor yang amat senior (sudah JUSA C). Tempatnya pula ialah di satu sudut ruangan menunggu bilik pembedahan. Kerusi untuk duduk mereka angkat sendiri.
Agak-agaknya, golongan lain (seperti guru) sanggup dak buat macam tu?
Catatan:
1. Semoga pembentangan tersebut bermanfaat untuk membantu orang lain.
2. Cik Nad ialah panggilan Solehah kepada Pn. Nadwah.
3. Solehah dad pernah diminta oleh seorang doktor pakar untuk mewujudkan 'family support group".

Personal: Selamat Pengantin Baru

~ Santapan Raja Sehari - Kak Caq & Saiful ~
Pada 14/02/10 yang lalu bapa saudara Solehah (Wa Yon) mengadakan majlis kenduri kahwin Kak Caq Firzah (sepupu Solehah/cucu sulong Cikgu Mat Pedu). Kaum kerabat Solehah (Pak Cik & Mak Cik JB dan Pak Su, Mak Su serta anak-anak - Aiman & Arinah serta Tok Mama) balik kampung untuk meraikan kenduri tersebut.
Untuk Kak Caq Firzah & suami (Saiful) diucapkan "SELAMAT PENGANTIN BARU" - semoga kekal ke akhir hayat.
Catatan:
1. Warna tema majlis tersebut ialah warna coklat (brown).
2. Walaupun tidak jauh dari rumah, Solehah enggan pergi kerana kakinya bersimen - segan katanya. Justeru itu, mamanya juga tidak pergi.
3. Segelintir kerabat terdekat yang hadir ke majlis tersebut ambil kesempatan menziarahi Solehah apabila mereka diberitahu tentang ketidakhadiran Solehah & mamanya. Antaranya, Pak Cik Zul & Mak Cik Sham, Mak Teh Kodiang bersama suami, anak menantu & cucu serta Pak Ali Kak Cik bersama Kak Cik dan anak-anaknya.

Thursday 18 February 2010

Santai: On 'Mee Awang'

~ Mi Awang ~
Semasa bertamu ke sebuah rumah terbuka di Jitra pada hari raya aidilfitri yang lalu, ayah Solehah berkesempatan merasai mi goreng yang sedap - turut diakui tetamu yang lain. Ingatkan mi mamak ... namun kemudiannya dimaklumkan oleh hos rumah terbuka tersebut bahawa pembuatnya ialah orang Melayu. Beliau berdalih apabila ditanya di mana kedainya. "Kalau nak, mai Jitra ... saya belanja," katanya.
Ayah Solehah kemudiannya cuba bertanya bapa saudara Solehah (Pak Ndak Cet) yang duduk di Jitra. Beliau hanya memaklumkan bahawa itu kemungkinan mi Awang & dia jua enggan bagi tau di mana kedainnya. Namun, petang tadi Pak Ndak Cet yang berkunjung ke rumah bersama keluarga membawa dua bungkus mi Awang.
Mi Awang ... oh mi Awang! Di mana kedainya masih menjadi tanda tanya. Yang tak mau bagi tau tu macam sabotaj perniagaan Awang. Jaga kalau Awang mula 'marah' ada kesannya ...
Catatan:
1. Bagi orang Pedu (dulu-dulu) panggilan Awang (bagi lelaki) & Mek (bagi perempuan) adalah panggilan yang istimewa. Lazimnya, istilah tersebut digunakan: (i) oleh yang lebih tua kepada yang lebih muda; (ii) apabila nama orang lebih muda tidak diketahui; (iii) kepada individu (selalunya cucu) yang paling disayangi; dan (iv) juga merujuk kepada ... segan nak sebut.
2. Solehah prefers laksa & kueteow more than mi.

Wednesday 17 February 2010

Tahfifah: Today Is The Day

~ Makan Angin Depan Rumah On the Wheel Chair ~
Dah lebih satu bulan:
1. Solehah tidak dapat berjalan @ bermain-main seperti biasa.
2. Kaki kanan Solehah tidak boleh diluruskan @ dibengkokkan - kaki bersimen.
3. Solehah mandi tidak selesa kerana kaki kanannya terpaksa dibalut agar simen tidak basah.
4. Solehah bercuti - tidak pergi sekolah & tidak ke tuisyen. Hanya belajar di rumah.
5. Solehah terpaksa didukung @ disorong atas wheel chair (dipinjamkan oleh seorang sahabat - Tuan Hj. Umar Bakhy).
Today (this morning) we will be taking Solehah to Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar for the post-examination.
Doakan Solehah selamat & tidak perlu lagi berkaki simen.
Catatan:
1. Solehah promised not to cry ketika simen kakinya dibuka. Lazimnya dia menangis walaupun tidak sakit. Solehah minta ayahnya membawanya untuk another vacation sekirannya dia tidak menangis.
2. Abang Solehah (Abang Mat) masih ada di rumah untuk membantu membawa Solehah ke HTF. Abang Mat yang balik untuk kenduri sepupu & cuti gong xi fa cai telah tangguhkan kepulangannya ke KL.
3. Hargailah nikmat ALLAH ... keupayaan berjalan adalah satu nikmat yang besar. Berjalanlah ke jalan yang diredhai ALLAH.
4. Jiran - Mak Ani & Tok Mak Wan datang ziarah Solehah sebelum kami bertolak ke HTF.

Personal: On 'Salleh Majid'

Menyemak kotak e-mel petang kelmarin, ayah Solehah menerima satu e-mel yang menggugat keyakinannya. E-mel tersebut daripada DATO' SALLEH MAJID (bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur - kini Bursa Malaysia). Berikut ialah e-mel tersebut:
Hello,
How are you doing? I hope all is well with you. I know this might be a surprise to you but I'm writing this email to you in an hurry and in a confused state of mind. I want to say I'm really sorry that I didn't inform you about my traveling to Scotland for a Seminar. It was something urgent and i didn't even inform anyone about this traveling. But I just got myself in serious mess here. I got my wallet misplaced on my way to the hotel and all my money, phone, bank cards, diary, my return ticket and other vital documents are all in the wallet. I'm so confused right now as I have lost all contacts.
I need to get out of this mess. Please I need $1,500 USD to sort myself out and to pay for the hotel bills but I will appreciate any amount you could afford. I will pay you back as soon as I get back home. Let me know if you will be able to help me with any amount and you can help me send the money with my details below at any western union money transfer office and i will get the money over here within an hour
Name: Salleh Majid
Address: 14 Porteous pend, Edinburgh, EH1 2HP Scotland
Country: United Kingdom
Kindly help me to make the transfer as soon as you receive this email and you should get back to me with the 10 Digit Money Transfer Control Number, exact Amount sent with details used in sending it. I still have my passport to prove my identity at Western union here when receiving the money, and I will email you with the return flight details immediately I receive the money.
Your reply will be appreciated. Thanks so much
Salleh
Catatan:
1. Ayah Solehah pernah sekali berhubung (melalui e-mel) dengan Dato' - untuk bertanya tentang satu istilah yang digunakan di dalam penulisan beliau di akhbar.
2. Bapa saudara Solehah (Pak Su Nan) yang kebetulan berada di rumah menziarahi Solehah tidak yakin dengan e-mel tersebut.

Personal: On 'The Sixth Operation 3'

~ Di Wad: Selepas Pembedahan ~
Solehah selamat menjalani pembedahan keenam (to lenghten the tendon kerana tapak kaki kanan tidak rapat ke lantai aapabila berjalan) pada Jumaat, 15/01/10. Pembedahan yang bermula pada kira-kira jam 9.30 pagi selesai pada jam 12.30 tengahari. Namun tempoh keseluruhan proses pembedahan tersebut adalah jauh lebih lama (sekitar lima jam). Solehah hanya dibenarkan balik ke wad sekitar jam 2.00 petang. Solehah hanya sedar lewat petang tersebut. Seperti pembedahan terdahulu, kaki yang dibedah disimen sehingga melebihi paras lutut & hanya akan dibuka dalam tempoh satu bulan.
Berbanding pembedahan-pembedahan sebelum, kali ini Solehah kurang meragam selepas pembedahan. Juga tidak seperti biasa, kali ini Solehah mahukan ayahnya (sebelum-sebelum ini mamanya) menghantar masuk ke bilik bedah. Bagi ayah Solehah, itu merupakan satu pengalaman yang betul-betul menyentuh perasaan - kasihan, sedih, simpati, menyesal dsbnya ... hanya Allah yang tahu.
Catatan:
1. Menurut Dr. Zul pembedahan tersebut tidak begitu mencapai apa yang beliau hajati.
2. Terima kasih kepada semua yang terlibat termasuk seorang doktor wanita (maaf tidak ingat nama) dari Hospital Sultanah Bahiyah yang dipanggil untuk membantu Dr. Zul.
3. Terima kasih juga kepada Mak Su Suhada (jururawat di OT HTF) kerana begitu 'caring' terhadap Solehah.
4. Abang Solehah (Adi) tiba dari KL malamnya. Kepulangannya banyak membantu meringankan beban mengurus Solehah.

Tuesday 16 February 2010

Personal: On 'The Sixth Operation 2'

~ Di Luar Wad: Ambil Angin ~
Untuk tujuan pembedahan keenam, Solehah tiba di HTF Kangar kira-kira jam 10.30 pagi (14/01/10). Solehah diminta oleh SN Cik Tam (SN di Klinik Orthopedik - baik & berdedikasi orangnya) untuk menbuat pendaftaran masuk wad. Solehah didaftarkan & ditempatkan di Wad Second Class.
Semasa hendak mendaftar di wad tersebut, Solehah & famili diketemukan dengan Dr. Mohd Yazid bin Din (Dr. MYD). Dr MYD merupakan antara pakar tulang yang mula-mula merawat Solehah (semasa masih bayi) di Hospital Alor Setar. Dr. MYD (dimaklumkan oleh staf wad tersebut) sudah enam bulan dinaikkan pangkat sebagai Ketua Jabatan Ortopedik di HTF. Beliaulah merupakan orang yang bertanggungjawab merujuk Solehah kepada Dr. Zulkiflee Osman.
Catatan:
1. Di wad, pemeriksaan terhadap Solehah terus dibuat untuk memastikan beliau benar-benar sihat untuk menjalani pembedahan.
2. Menunggu hari pembedahan (keesokan hari – Jumaat 15/01/10) merupakan saat-saat yang mendebarkan bukan sahaja kepada Solehah tetapi juga kepada famili Solehah.