Saturday, 24 January 2009

Jamung: On 'Survey'

While surfing the internet one morning, I came across a blog “Anything That Fit" at http://anythingthatfit.blogspot.com/ doing a survey (voting) on “Is Cikgu A**** ***** the Best Teacher ....”. Users are to vote either ‘Yes’, ‘No’ or ‘Don’t Know/Don’t Care’. I’m very sure that the teacher is proud (having a student who is creative & know how to create blog’s voting) & thankful as well (no matter what is the outcome) for having himself as the subject matter.
Anyway, this is my personal view:
Dua perkara pokok dalam kajiselidik (survey) ialah kesahan (validity) & kebolehpercayaan (reliability). Berdasarkan persoalan yang dikemukakan, adalah agak optimis bahawa kemungkinan ramai akan mengundi ‘No’. Telahan ini dibuat berdasarkan istilah ‘the best’ kerana ukurannya amat subjektif sifatnya. Setiap pengundi mempunyai ukuran yang berbeza. Pengundi yang matang pasti akan mengundi ‘No” kerana mana ada ‘the best’. Justeru, agak susah mendapat hasil yang sebenar dan bersifat ilmiah – i.e. tidak dipengaruhi oleh sebarang faktor sampingan.
Hasil kajiselidik seperti yang dilakukan oleh media seperti TV, dianggap oleh kebanyakan ahli akademik tidak mempunyai kesahan & kebolehpercayaan serta tidak boleh dibuat rumusan. Contohnya, jumpa dua tiga orang, kemukakan persoalan seperti isu penurunan harga minyak, yang pasti majoriti akan mengatakan baguslah harga minyak dapat diturunkan.
Oleh yang demikian, adalah dicadangkan (kalau masih mahu mengekalkan) persoalan ‘the best’ dijadikan ‘among the best’. Namun adalah lebih baik (pandangan – penulis blog tersebut pastinya mempunyai rasionalnya tersendiri) jika diberi disenarai nama (beberapa orang) & mengundi siapa yang difikirkan ‘the best’.
Itu pun masih boleh dipertikaikan kerana siapa yang mengundi & berapa kali seseorang itu mengundi tidak dapat ditentukan. Contohnya, jika ditanya hanya kepada peminat fanatik Arsenal tentang the best EPL team, tentulah hasilnya dapat kita dijangkakan.
Walahualam.
Apa pun setinggi-tinggi tahniah kepada HZ_93 (penulis blog tersebut). Berbanggalah negara Malaysia kerana mempunyai pelajar seperti beliau.
Catatan:
Kepada anak, cucu & cicit Cikgu Mat Pedu yang ingin membuat penyelidikan, bolehlah minta bantuan Abang Mat (Mohd Adi Faiz) – itu bidang pengajiannya.

2 comments:

  1. Cikgu, thanks for visiting and by my blog. And thank you too for dropping comment in my blog
    Anyway, I have open the anything that fit blog and I found out that the teacher was you!! Good luck on being the best teacher!!

    ReplyDelete
  2. Cikgu,thanks for visiting my not so perfect blog and thanks too for telling my mistake.And also thanks for giving your view.I hope in this 4 years,u will always remain being the best among the best teacher in SAHC.Good luck!

    ReplyDelete