Thursday, 15 January 2009

Anekdot: Susah Tidur

Ada seorang Hamba Allah susah nak tidur. Sudah berubat (moden & tradisonal) di merata tempat. Berbagai ikhtiar & petua telah dipraktik termasuk bersenam (kata orang: badan letih pasti lena) dan kena nasi mamak (yang banyak kas-kas yang menyebabkan mengantuk), namun hasilnya tetap sama - susah nak lena.
Lalu seorang sahabat mencadangkan agar berjumpa dengan Imam Masjid. Tanpa banyak bicara, beliau pun berjumpa dengan Imam. Setelah mendengar masalah yang dihadapi, Imam berkata (sambil menghulurkan beberapa keping kertas), “Awak balik dan baca. Kalau tak lena juga, tak tahulah saya.”
Setelah meneliti, Hamba Allah tersebut terpingga-pingga (ingatkan Tok Iman tersalah beri kertas kerana ingatkan doa @ ayat-ayat amalan) dan berkata, “Apa ni Tok Imam? Ini macam teks khutbah Jumaat. Nak buat apa?”
Imam menjawab, “Memang ya. Saya rasa ianya akan berkesan kerana sudah terbukti, walaupun susah payah saya karang nak bagi sedap (berkesan) agar orang tidak tidur, namun ramai yang terhanguk-hanguk (tertidur) semasa saya membacanya setiap hari Jumaat.”
Wallahualam...

1 comment: