Friday, 16 January 2009

Personal: Anak-Anak & Haiwan

Pada dasarnya kami sekeluarga tidak suka/mempunyai haiwan peliharaan. Anak-anak kami mempunyai perasaan (persepsi???) berbeza terhadap haiwan (peliharaan @ liar).
1. Muhammad (anak sulung) tidak suka apa-apa binatang (termasuk kucing – ikut emak angkat anak-anak saya – jiran yang mereka panggil Mak Ani ).
2. Zakwan (anak kedua) pula terlalu kontras kerana pantang jumpa binatang. Ulat beluncas pun dia pelihara, usap & main-main sampai jadi rama-rama (emaknya akan marah-marah).
3. Solehah (Cik Ah: anak bongsu) juga suka & terlalu sayangkan binatang - barangkali mewarisi minat datuk neneknya yang suka pelihara binatang.

No comments:

Post a Comment