~ Bersama Dr. Lim Choo Hau ~
(Foto diambil Hospital Seberang Jaya dalam perjalanan ke HKL)
Dr. Lim Choo Hau ialah pakar kanak-kanak dan merupakan doktor pertama yang merawat Aida Solehah (Solehah) selepas dilahirkan di hospital swasta. Beliau kebetulan bertugas secara part-time di hospital swasta tersebut menggantikan doktor residen yang mengerjakan umrah.
Kali pertama berjumpa (bersama-sama dengan doktor hospital swasta), beliau hanya menerangkan secara ringkas masaalah Solehah. Melalui isteri, Dr. Lim kemudiannya berpesan agar penulis berjumpa dengannya pada malamnya.
Kali ini kami berjumpa di satu sudut yang agak tersembunyi & tanpa kehadiran doktor hospital swasta. Semasa perjumpaan tersebut, Dr. Lim bercerita lebih terperinci dan akhirnya berkata (lebih kurang), ”What I’m telling you is between you and me. No matter how much money you have, you are wasting your money here. They don’t have enough facilities. Your daughter needs a place that can carter all her problems.”
Penulis bertanya, “Which hospital?” – sambil memikirkan hospital swasta mana pula yang pastinya akan membebankan. Dr. Lim menjawab, “Hospital Alor Star.” Penulis agak terkejut kerana beranggapan doktor di hospital swasta tidak akan membuat cadangan sedemikian – selagi boleh buat duit, mereka akan buat.
Keesokan harinya Solehah dipindahkan ke hospital kerajaan. Penulis terkejut apabila diberitahu oleh jururawat bahawa doktor yang akan merawat Solehah ialah Dr. Lim. Barulah penulis tahu keadaan sebenar. Setelah beberapa lama merawat Solehah dengan penuh dedikasi (merujuk ke lain-lain pakar), Dr. Lim bertukar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ), Pulau Pinang.
Jodoh dengan Dr. Lim masih ada apabila Solehah dirujuk pula ke HSJ untuk membuat pembedahan kaki. Bagi penulis & keluarga, Dr. Lim banyak membantu bukan setakat merawat tetapi juga hubungan kemanusiaan – pernah melukis pelan ke sebuah farmasi di Seberang Jaya (secara terperinci) untuk penulis membeli satu alatan perubatan Solehah yang tidak disediakan oleh HSJ.
Pernah juga menghadiah ‘planner’ pengurusan kepada penulis. Apabila Solehah boleh berjalan, kami sekeluarga sengaja singgah di HSJ dalam perjalanan ke KL untuk menunjukkan perkembangan tersebut kepada Dr. Lim. Beliau amat gembira & mengambil gambar Solehah. TERIMA KASIH Dr. Lim – pakar perubatan di hospital kerajaan.
Catatan:
Walaupun kini tiada lagi hubungan perubatan, namun setiap tahun kami masih menghantar kad “Gong Xi Fa Chai” .
Assamualaikum w.b.t.
ReplyDeleteSaya berasa terharu apabila membaca artikel ini. Zaman sekarang ni amat susah nak jumpa orang yang buat kerja dengan ikhlas. Penulis amat bertuah kerana dipertemukan dengan seorang doktor yang bukan sahaja berdedikasi, tetapi penuh dengan nilai2 kemanusiaan.
-=amir=-
Waalaikumussalam.
ReplyDeleteTerima kasih kerana singgah di blog saya.
Sebenarnya sepanjang mengendalikan rawatan Solehah, penulis telah menemui puluhan lagi staf hospital kerajaan (doktor pakar, doktor, jururawat & staf sokongan)yang penuh dengan nilai2x kemanusiaan. Hanya segelintir yang sahaja sahaja sebaliknya. Ini berlaku pada zaman sekarang. Penulis berhasrat menulis mengenai setiap individu yang ditemui.
Harapan & doa penulis agar Sdr Amir akan jadi sebahagian daripada golongan yang penuh dengan nilai2x kemanusiaan