Berbual (baru-baru ini) dengan seorang sahabat (Syed Shuib Syed Omar [SSSO] – walaupun bukan orang Pedu, tetapi kampung asalnya di kawasan DUN Pedu juga), beliau mengatakan bahawa kesalahan pelajar (khususnya berkaitan dengan ‘belajar’) MESTI disusuli dengan dendaan sebagai hukuman.
Menurut SSSO:
1. Dendaan haruslah berbentuk FIZIKAL (cubit, penampar @ rotan???).
2. Marah, tengking, berleter, nasihat, dsb (yang berbentuk verbal) BUKAN dendaan.
3. Pendekatan dendaan harus DIUTAMAKAN berbanding pendekatan kaunseling.
4. Sekolah haruslah lebih ‘agresif’ melaksanakan pendekatan dendaan yang berbentuk fizikal.
Rasional SSSO:
Pendekatan tersebut sememangnya merupakan tuntutan Islam. Ini terbukti melalui peristiwa penerimaan wahyu yang pertama (surah al-‘Alaq) oleh Rasullulah s.a.w melalui malaikat Jibril a.s.
Peristiwa Penerimaan Wahyu Pertama: (Berdasarkan riwayat ‘Aisyah yang dicatatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Hakim dalam kitab-kitab hadith mereka).
Jumhur (pendapat yang paling rajih @ sahih) semasa malaikat Jibril a.s. datang kepada Rasulullah s.a.w. membawa wahyu pertama & mengatakan: “Bacalah!” Rasulullah menjawab: “Aku tidak tahu membaca.” Jibril a.s. kemudian memeluk baginda sehingga terasa sesak nafas, kemudian dilepaskannya sambil berkata lagi: “Bacalah!” Rasullulah menjawab: “Aku tidak tahu membaca.” Lalu Jibril a.s. sekali lagi memeluk baginda sehingga terasa sesak nafas dan dilepaskannya sambil berkata: “Bacalah!” Buat ketiga kalinya baginda menjawab: “Aku tidak tahu membaca.” Maka Jibril a.s. memeluk baginda buat ketiga kalinya seraya berkata: “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Dan Tuhanmu yang Maha Pemurah! Yang mengajar dengan perantaraan kalam dan mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”.
Catatan:
1. “Memeluk sehingga terasa sesak nafas” itu adalah merupakan dendaan fizikal.
2. Rasulullah s.a.w yang merupakan kekasih Allah & rasul agung juga menerima dendaan (fizikal) kerana ‘belajar’. Kita (umatnya) bagaimana???
Kebanyakan remaja zaman sekarang akan menyimpan dendam kepada cikgu yang menghukum mereka sehingga dewasa.Apabila dewasa,mereka sedar bahawa itu adalah untuk kebaikan mereka
ReplyDelete