Monday, 12 January 2009

Santai: Perkara Paling Mudah

Dalam sebuah kelas, seorang guru meminta setiap orang pelajarnya menamakan (pada pemikiran mereka) satu perkara yang dianggap paling mudah di dunia. Pelbagai jawapan diberi; majoriti memberi jawapan ‘makan’, ‘minum’, ‘tidur’, ‘ken****’, ‘be***’ (ke tandas la tu).
Guru tersebut seterusnya meminta pelajar-pelajarnya memberi justifikasi kepada setiap jawapan dan rakan-rakan mereka diminta menyanggahnya (menafikannya). Antara sanggahan (dapatlah dirumuskan): makan, minum, tidur, ken**** dan be*** bukan semudah yang dijangkakan kerana:
1. makan: Ada orang yang tidak boleh makan – kena masuk tiub melalui hidung.
2. minum: - sama seperti (1) di atas.
3. tidur: Ada orang susah nak lena – jumpa doktor & makan pil tidur, tetapi masih tak boleh lena (ikuti anekdot mengenai tidur selepas ini).
4. ken****: Pun susah – ada yang kena tebuk @ buat saluran lain & pakai plastik bag.
5. be***: - sama seperti (2) di atas.
Seterusnya guru membuat ulasan berikut: Saya bersetuju. Sebagai contoh ‘makan’ – betapa unik proses tersebut (manusia biasa tak dapat buat) kerana kalau didalami proses pencernaan (digestion) & penguraian makanan mulai sebaik makanan berada dalam mulut sehingga dikumbuhkan sungguh menakjubkan (kejadian Allah) – Cth: bagaimana air liur yang menghasilkan enzim yang berbeza & bertindak ke atas zat-zat makanan yang berbeza; lidah yang memberi pelbagai rasa; usus & perut yang menyerap makanan sebenarnya adalah di luar keupayaan manusia membuatnya .
Sebaik selesai membuat ulasan, seorang pelajar bertanya: “Habis, pada pendapat cikgu perkara yang paling mudah bagi cikgu?”
“Baca”, kata guru tersebut. “Kenapa?”, tanya seorang pelajar yang lain.
Catatan:
Ikuti jawapan cikgu tersebut dalam pos "Santai” seterusnya.

No comments:

Post a Comment