Wednesday, 28 January 2009

Personal: Aida Solehah & Hospital Kerajaan

Aida Solehah (Solehah) dilahirkan pada petang Jumaat (6.40 petang), 23 Mac 2001. Tidak seperti abang-abangnya (100% di hospital kerajaan) tumpuan kami lebih terarah kepada hospital swasta. ***** Medical Centre (*MC) menjadi pilihan. Sejak mula mengandung semuanya di *MC. Dr. K menjadi pilihan kerana beliau kebetulan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan jiran. Pemeriksaan di hospital kerajaan masih dilakukan namun lebih sekadar memenuhi syarat.
Pilihan sedemikian dibuat kerana inginkan keselesaan & layanan, maklumlah sejak kali terakhir mengandung (Zakwan - 1990) kehidupan pun dah agak senang disamping beranggapan swasta jauh baik. Setelah dilahirkan (berat 2.4kg), Solehah didiagnosis mengalami Arthrogryposis Multiplex Congenita (AMC) oleh Dr. Lim Choo Hau (pakar kanak-kanak Hospital Alor Star (HAS) yang bertugas secara part-time di *MC). Atas nasihat beliau, Solehah dipindahkan ke HAS keesokannya (*MC bersetuju kerana beranggapan dia tidak akan survive). Penelitian di pakar di HAS menunjukkan terdapat beberapa komplikasi lain – akan ditulis nanti.
Maka bermulalah hubungan kami dengan hospital kerajaan . Solehah dirujuk kepada pelbagai pakar & klinik bukan sahaja di HAS tetapi ke hospital-hospital kerajaan yang lain. Antaranya, HUKM, Hospital Seberang Jaya, PPUM, HKL, Hospital Selayang & terakhir ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar. Satu ketika kami pernah berulang-alik setiap minggu ke Kuala Lumpur. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Namun kami sekeluarga bersyukur kerana sepanjang menguruskan rawatan - berjumpa puluhan doktor pakar, doktor, jururawat & kakitangan perkhidmatan sokongan hospital kerajaan kami sekeluarga:
  1. menerima layanan & perkhidmatan yang AMAT memuaskan – menyenangkan, mesra & di luar jangkaan.
  2. sering disapa & bertanya khabar apabila terserempak walaupun di luar hospital.
  3. majoriti doktor (ada yang JUSA) & lain-lain staf hospital kerajaan memberi (tanpa diminta) nombor peribadi - menjawab @ membalas panggilan walau pun di luar masa bertugas.
  4. menerima pertolongan, sokongan & kerjasama kuat daripada majikan, rakan-rakan sekerja, kenalan, para pelajar penulis serta kaum keluarga.
Catatan:
1. Dr. K yang kerap bertembung di rumah keluarganya (jiran penulis) tidak pernah pun menyapa apa lagi bertanya khabar – sikap yang amat berbeza semasa memberi rawatan dulu.
2. Penulis akan cuba menulis tentang setiap individu yang telah memberi pertolongan.

2 comments:

  1. mengapa kehidupan ini menarik.kerana adanya ujian,pengorbanan,kesedihan,dan bukan hanya sekadar kegembiraan sahaja.inilah kehidupan manusia,bukan hanya untuk bahagia sahaja...

    ReplyDelete
  2. Salam Princessmaya,
    Thanks for the lovely words.

    ReplyDelete