Thursday 30 December 2010

Personal: On 'Solat'

~ Solehah : Disember 2010 ~
Masalah utama bagi pengidap AMC seperti Solehah ialah keupayaan fizikal yang terhad. Untuk kes Solehah (mengikut literature tiada pengidap AMC yang betul-betul identical), pergerakan anggotanya adalah terhad. Pergerakan seperti bertinggung, duduk di atas lantai, menaiki tangga & mengangkat tangan tidak dapat dilakukan tanpa bantuan. Keterbatasan tersebut berpunca dari limitasi pergerakan sendi & otot.
Selaras dengan usianya, Solehah kini telah perlu bersolat. Alhamdulillah, mulai tahun 2010 ini Solehah telah mula bersembahyang. Namun kerana keterbatasan yang dhadapi, dia diajar bersembahyang secara duduk di atas kerusi. Ayah Solehah yang sepatutnya (pada usia sebegini) lebih istiqamah ke masjid, bersembahyang di rumah - menjadi imam untuk memimpin Solehah cara bersolat.
Allah hu akbar, Allah hu akbar, Allah hu akbar !!!
Catatan:
1. Seingat ayah Solehah, dia tidak pernah secara khusus mengajar abang-abang Solehah menunaikan bersolat - walaupun pernah mengimamkan solat mereka.
2. Terima kasih kepada abang sulung Solehah kerana membantu memberi tunjuk ajar awalan kepada adiknya cara berwuduk & bersembahyang secara duduk.
3. Minggu-minggu terakhir cuti persekolahan ini, Solehah belajar al-Quran dengan mamanya.

No comments:

Post a Comment