Saturday 4 December 2010

Santai: On 'Bekerja'

~ Cambar Hiasan : Rehat Selepas Bekerja ~
Sambil tunggu panggilan untuk sambung belajar, abang sulung Solehah (Abang Mat) ligat memburu kerja. Sudah pun menghadiri beberapa interview, namun masih belum ada rezeki. Diharap Abang Mat tidak cepat putus asa. Teruskan berdoa & bersolat hajat. InsyaAllah akan dikabulkan. Sesungguhnya, Allah tahu apa yang terbaik untuk umatNya.
Namun, apabila sudah dapat kerja (termasuk yang sedang berkhidmat), cuba ukur di mana kita berdasarkan kata-kata Prof. Ungku Aziz berikut:
Rajin bekerja, rajin bercakap ... BAGUS.
Rajin bekerja, malas bercakap ... KENA BULI.
Malas bekerja, malas bercakap ... LAGI TAK GUNA.
Malas bekerja, suka mengadu ... NYANYUK.
Malas bekerja, suka menyibuk ... BAIK MATI.
Catatan:
Diharap suku sakat Cikgu Mat Pedu boleh tolong doakan yang terbaik untuk Abang Mat.

No comments:

Post a Comment