Tuesday 22 March 2011

Personal: On '2011'

~ Solehah : Disember 2010 ~
2010 telah berlalu agak lama. Salah seorang abang Solehah mengingatkan (komplen???) yang sudah hampir tiga bulan blog ini tidak di 'update'. Bukannya tiada bahan tetapi lebih kerana sikap suka bertangguh & beban kerja yang bertambah.
Sebagai entri yang pertama, berikut ialah beberapa catatan peribadi (ringkas) mengenai perkembangan & harapan keluarga (anak cucu) Cikgu Mat Pedu pada tahun 2011 ini:
1. Solehah kini di Tahun 4 & akan genap berusia 10 tahun pada 23 Mac.
2. Abang sulung Solehah (akibat ketiadaan kerja) kini sedang melanjutkan pelajaran pada peringkat sarjana dalam bidang applied statistic.
3. Abang kedua Solehah akan memasuki tahun keempat pengajiannya.
4. Mama Solehah akan memasuki usia emas sementara ayah Solehah pula akan genap berusia 55 tahun.
5. Nenek Solehah (Hjh Puteh Hj Hamid) semakin tidak secergas dulu.
Catatan:
Selamat datang pengikut blog ke-55 (Puan Laila -kenalan sejawatan ayah Solehah)

No comments:

Post a Comment