Friday 10 September 2010

Personal: On 'Aidilfitri 1431H'

~ Mama Solehah: Late 40's ~
Hari ini semua umat Islam berhari raya. Justeru, untuk semua yang pernah singgah di blog ini (pengikut @ tersinggah) Solehah & keluarga mengucapkan "SELAMAT BERAIDILFITRI - MAAF ZAHIR & BATIN".
1 Syawal tahun ini adalah bersamaan 10 September. Ini bermakna hari jadi mama Solehah juga adalah pada hari raya. Walaupun dua sambutan serentak yang sepatutnya disambut meriah (kerana kemungkinan berlaku sekali lagi amat tipis), namun menyambutnya secara sederhana menjadi pilihan. Apa pun, bagi pihak Solehah & abang-abangnya diucapkan, happy birthday - thanks for being an excellent care-taker (mother & wife) to this family. Tanpa anda, kehidupan bukan saja tidak sempurna tetapi tidak terurus. Kami (anak-anak & suami) berdoa agar kami sentiasa dapat membahagiakan mama.
Catatan:
Bersyukur kepada Allah kerana menganugerahi mama Solehah dalam kehidupan keluarga ini. Semoga apa yang beliau impiankan dimakbulkan Allah.

2 comments:

  1. Selamat Menyambut Hari Lahir. Muga bahagia hingga ke anak cucu.

    ReplyDelete
  2. Salam WakNiskala,
    Tk kerana mendoakan. Kami juga mendoakan agar wak bahagia hingga ke akhir hayat (tidak setakat hingga ke anak cucu).

    ReplyDelete