Saturday 11 September 2010

Jamung: On 'Memalukan'

~ Merdeka : Proud To Be Malaysian ~
"Ayah, cikgu suruh buat sajak merdeka untuk dibacakan di depan kelas."
Begitulah kata (lebih kurang) salah seorang abang Solehah pada satu malam. Dialog tersebut berlaku beberapa tahun yang lalu iaitu semasa beliau masih bersekolah rendah. Tidak ingat tarikh/tahun sebenar tetapi yang pasti Solehah belum lahir ketika itu.
Walaupun tidak 100% buta, namun ayah Solehah agak kabur tentang puisi berbanding anak ketiga Cikgu Mat Pedu yang sememangnya mahir bersastera. Justeru itu, permintaan tersebut amat merimaskan.
Namun atas nama semangat kebangsaan, akhirnya terhasil juga sebuah sajak kemerdekaan ala kadar. Sekembali dari sekolah, abang Solehah kata dia malu (dengan kawan-kawan) kerana cikgu kata (sindir?), "Sajak apa ni? Banyak sangat perkataan merdeka!" Ayah Solehah hanya tersengeh buat muka sardin.
Beberapa tahun kemudian (ketika di sekolah menengah), abang Solehah menyatakan yang cikgu sekolah rendah beliau tidak faham tentang sajak. Pernyataan tersebut merujuk kepada sajak ala kadar ciptaan ayahnya dulu. Rasanya sajak tersebut tidak lagi memalukannya.
Sudah lupa sajak tersebut tetapi yang masih dapat diingat ialah setelah menulis beberapa baris, ayah Solehah menulis perkataan "Merdeka! Merdeka! Merdeka!". Kaedah tersebut diulang-ulang - sebab itulah agaknya cikgu tersebut berkata banyak sangat perkataan merdeka. Bagi ayah Solehah, perasaan malu terhakis (jika benar andaian tersebut) bukan kerana kehebatan ciptaan tetapi kerana keikhlasan memperkatakan erti kemerdekaan.
Catatan:
1. Alhamdulillah, negara tercinta ini sekali menyambut hari kemerdekaan ke-53 pada 31 Ogos 2010 yang lalu.
2. Bahagia sungguh tinggal & menikmati segala kemudahan di negara merdeka ini.

No comments:

Post a Comment