Sunday 12 September 2010

Jamung: On 'Langau'

~ Solehah & Famili : 1 Syawal 1431H ~
"KALAU KITA TAK MAMPU NAK JADI GARAM, JANGAN PULA KITA JADI LANGAU"
Solehah pasti bertanya (sememangnya suka bertanya) apa itu langau, sekiranya dia membaca penutup satu emel yang dikirim oleh seorang sahabat ayah Solehah (Mr. TA).
Emel tersebut diberi berikutan komen ayah Solehah terhadap emel MR. TA yang menyatakan perasaan marah beliau terhadap 'sikap tidak cukup diajar' seorang anak cina yang sekali lagi (melalui video di You Tube) 'mencarut' mengenai Malaysia. Ayah Solehah yang membaca entri tersebut bertanya Mr. TA apa yang harus kita buat. Beliau menulis panjang & diakhiri dengan peribahasa di atas.
Langau merurut Kamus Dewan (hal. 758) bermaksud lalat (pikat) besar yang menggigit; berwarna hijau & berdenggung-dengung bunyinya. Dalam perkembangan berkaitan, terdapat beberapa peribahasa lain yang berkaitan dengan langau iaitu:
  • Bagai langau di ekor gajah bermaksud orang yang menurut kemahuan orang besar @ orang yang pandai;
  • Hinggap bak langau, titik bak hujan bermaksud sesuatu yang berlaku tiba-tiba;
  • Hinggap saja bagai langau yang juga bermaksud sesuatu yang berlaku tiba-tiba; dan
  • Masuk langau ke mulutnya bermaksud terlalu hairan sehingga ternganga mulutnya.
Catatan:
1. Terima kasih Mr. TA kerana telah mencetuskan 'rasa' kecintaan kepada negara disamping membuka minda untuk meningkatkan ilmu pengetahuan.
2. Amat bersetuju dengan Mr. TA tentang sikap 'tidak cukup diajar' anak cina tersebut.

2 comments:

  1. Terima kasih ayah Solehah kerana sabar memberi penjelasan yang terperinci kepada anak-anak merdeka.

    Berusaha untuk tidak menjadi LANGAU sememangnya sangat perlu diberi perhatian oleh semua rakyat Malaysia tidak mengira bangsa dan keturunan dalam usaha untuk mengekalkan "perpaduan" demi survival bangsa Malaysia.

    Walaupun "perpaduan" yang ingin dicapai sekadar sekadar dalam ruang lingkup integrasi (bagai lidi2 kelapa diikat menjadi batang penyapu)kerana hampir mustahil untuk mencapai tahap asimilasi (bagai tepung gandum dicampur dengan tepung ubi) namun ianya tetap kritikal demi Malaysia : unity in diversity.

    Pesanan PM dalam hal ini amat wajar dipatuhi oleh semua warga Malaysia iaitu

    1) Jangan menimbulkan isu-isu atau pernyataan yang boleh menyinggung perasaan kaum lain (walau dalam bentuk menyatakan hakikat / kebenaran), bukankah dalam Islam pun sangat dituntut untuk kita mewarwarkan kebaikan orang lain sebaliknya berusaha menutup keburukan orang lain.

    2) Jangan sesekali mengungkit atau mempertikai perkara-perkara yang telah ditetapkan/ termaktub/ dipersetujui dalam perlembagaan.

    Justru itu semua pihak, khususnya kaum lain saya sangat menyarankan agar memahami sejarah kemerdekaan dan pembentukan Negara Malaysia sebelum bercakap mengenai konsep keadilan, meritokrasi dan 1Malaysia.

    Selamat menyambut Hari Malaysia 16 Sept 2010

    TA. Ulu Gulau.

    ReplyDelete
  2. Salam TA Ulu Gulau.
    1. Terima kasih kerana singgah & sudi meninggalkan komen - apa lagi komen yang bernas & dapat menjana minda untuk berfikir.
    2. Ulu Gulau tu lebih kurang sama dengan ulu Pedu - tempat ayah Solehah didedahkan dengan erti kehidupan di bumi merdeka yang tercinta ini oleh ayahnya (Cikgu Mat Pedu).

    ReplyDelete