Thursday 18 February 2010

Santai: On 'Mee Awang'

~ Mi Awang ~
Semasa bertamu ke sebuah rumah terbuka di Jitra pada hari raya aidilfitri yang lalu, ayah Solehah berkesempatan merasai mi goreng yang sedap - turut diakui tetamu yang lain. Ingatkan mi mamak ... namun kemudiannya dimaklumkan oleh hos rumah terbuka tersebut bahawa pembuatnya ialah orang Melayu. Beliau berdalih apabila ditanya di mana kedainya. "Kalau nak, mai Jitra ... saya belanja," katanya.
Ayah Solehah kemudiannya cuba bertanya bapa saudara Solehah (Pak Ndak Cet) yang duduk di Jitra. Beliau hanya memaklumkan bahawa itu kemungkinan mi Awang & dia jua enggan bagi tau di mana kedainnya. Namun, petang tadi Pak Ndak Cet yang berkunjung ke rumah bersama keluarga membawa dua bungkus mi Awang.
Mi Awang ... oh mi Awang! Di mana kedainya masih menjadi tanda tanya. Yang tak mau bagi tau tu macam sabotaj perniagaan Awang. Jaga kalau Awang mula 'marah' ada kesannya ...
Catatan:
1. Bagi orang Pedu (dulu-dulu) panggilan Awang (bagi lelaki) & Mek (bagi perempuan) adalah panggilan yang istimewa. Lazimnya, istilah tersebut digunakan: (i) oleh yang lebih tua kepada yang lebih muda; (ii) apabila nama orang lebih muda tidak diketahui; (iii) kepada individu (selalunya cucu) yang paling disayangi; dan (iv) juga merujuk kepada ... segan nak sebut.
2. Solehah prefers laksa & kueteow more than mi.

3 comments:

  1. Cik Ah,
    Di JB tak ada mee awang. Tapi mee mamak dan mee rebus tulang ZZ ada lah. Abang Mat dah makan mee rebus tulang.

    ReplyDelete
  2. Cik Ah,

    Sedapnya mak cik masak laksa Johor kat sini... Pak Cik dah tak makan laksa kedah la...

    ReplyDelete
  3. Salam Pak Cik JB,
    Cik Ah kata:
    Uji Melayu kata, in English test,
    Kedah punya laksa tetap the best.

    ReplyDelete