Friday 19 February 2010

Personal: Selamat Pengantin Baru

~ Santapan Raja Sehari - Kak Caq & Saiful ~
Pada 14/02/10 yang lalu bapa saudara Solehah (Wa Yon) mengadakan majlis kenduri kahwin Kak Caq Firzah (sepupu Solehah/cucu sulong Cikgu Mat Pedu). Kaum kerabat Solehah (Pak Cik & Mak Cik JB dan Pak Su, Mak Su serta anak-anak - Aiman & Arinah serta Tok Mama) balik kampung untuk meraikan kenduri tersebut.
Untuk Kak Caq Firzah & suami (Saiful) diucapkan "SELAMAT PENGANTIN BARU" - semoga kekal ke akhir hayat.
Catatan:
1. Warna tema majlis tersebut ialah warna coklat (brown).
2. Walaupun tidak jauh dari rumah, Solehah enggan pergi kerana kakinya bersimen - segan katanya. Justeru itu, mamanya juga tidak pergi.
3. Segelintir kerabat terdekat yang hadir ke majlis tersebut ambil kesempatan menziarahi Solehah apabila mereka diberitahu tentang ketidakhadiran Solehah & mamanya. Antaranya, Pak Cik Zul & Mak Cik Sham, Mak Teh Kodiang bersama suami, anak menantu & cucu serta Pak Ali Kak Cik bersama Kak Cik dan anak-anaknya.

3 comments:

  1. Cik Ah,
    Kenapa tak nampak muka mak cik tu? Mak cik pun pengantin baru yang dah lama...

    ReplyDelete
  2. Kak Chaq, Selamat Pengantin Baru dari Pak Cik dan Mak Cik JB...

    ReplyDelete
  3. Salam Pak Cik JB,
    Takut kena saman ...

    ReplyDelete