Saturday 20 February 2010

Santai: Hotel Suzuki Inn

~ Macam Model ??? ~
Setiap kali masuk wad, Solehah ditemani mamanya. Walaupun boleh menginap di hotel @ menginap di rumah keluarga/kenalan pada waktu malam, ayah Solehah seberapa boleh memilih untuk berada berhampiran dengan hospital.
Seorang kenalan (orang Perlis) bertanya ayah Solehah tentang tempat penginapan semasa Solehah menjalani pembedahan keenam baru-baru. Ayah Solehah memberitahu bahawa beliau tinggal di 'Suzuki Inn'. Malam pertama berseorangan manakala malam kedua bersama Adi.
"Hotel tu kat mana ya?", tanya sahabat tersebut. Ayah Solehah hanya mampu tersenyum.
Catatan:
1. Selain pesakit (di Institut Peadiatrik, HKL), ibu juga diberi katil & makanan. Si ayah pula boleh tinggal di bilik bapa (di blok yang sama - berhawa dingin, katil double decker, tv & peti sejuk). Hebat hospital kerajaan.
2. Ayah Solehah pernah tidur bersama abang kedua Solehah (Zakwan) di dalam khemah (dibawa sendiri) berhampiran surau semasa Solehah dimasukkan ke wad di Hospital Seberang Jaya.
3. Pernah juga sekali ayah Solehah terpaksa menemani Solehah & mamanya di HSB. Mereka takut sebab tiada lain-lain penghuni. Tiga lagi pesakit di 'discharged'. Walaupun terdapat tiga katil kosong, namun atas prinsip ayah Solehah tidur di atas lantai.

No comments:

Post a Comment