Tuesday 16 February 2010

Personal: On 'The Sixth Operation 2'

~ Di Luar Wad: Ambil Angin ~
Untuk tujuan pembedahan keenam, Solehah tiba di HTF Kangar kira-kira jam 10.30 pagi (14/01/10). Solehah diminta oleh SN Cik Tam (SN di Klinik Orthopedik - baik & berdedikasi orangnya) untuk menbuat pendaftaran masuk wad. Solehah didaftarkan & ditempatkan di Wad Second Class.
Semasa hendak mendaftar di wad tersebut, Solehah & famili diketemukan dengan Dr. Mohd Yazid bin Din (Dr. MYD). Dr MYD merupakan antara pakar tulang yang mula-mula merawat Solehah (semasa masih bayi) di Hospital Alor Setar. Dr. MYD (dimaklumkan oleh staf wad tersebut) sudah enam bulan dinaikkan pangkat sebagai Ketua Jabatan Ortopedik di HTF. Beliaulah merupakan orang yang bertanggungjawab merujuk Solehah kepada Dr. Zulkiflee Osman.
Catatan:
1. Di wad, pemeriksaan terhadap Solehah terus dibuat untuk memastikan beliau benar-benar sihat untuk menjalani pembedahan.
2. Menunggu hari pembedahan (keesokan hari – Jumaat 15/01/10) merupakan saat-saat yang mendebarkan bukan sahaja kepada Solehah tetapi juga kepada famili Solehah.

No comments:

Post a Comment