Wednesday 14 October 2009

Tahfifah: Kampung Terbakar

~ Abang Mat & Syazwan: Penerima & Bakal Penerima Pinjaman (?) ~
Sabda Rasulullah S.A.W.
"Jiwa seseorang mukmin tergantung dengan hutangnya sehinggalah dia menjelaskan hutangnya."
~Riwayat At-Tarmizi~
Sabda di atas tercatat di dalam surat peringatan terakhir bayaran balik pinjaman pelajaran MARA yang ayah Solehah terima pada 12/10/09 sebagai penjamin kepada salah seorang kerabat Solehah. Surat tersebut mencatatkan bahawa pemuitang telah gagal membuat bayaran selama 9 bulan berjumlah RM450.00. Ini bermakna bayaran balik pinjaman hanyalah RM50.00 sebulan.
Jumlah bayaran tersebut pasti mampu dibayar (kalau mahu) walaupun belum mendapat pekerjaan tetap. Jumlah tersebut amat kecil berbanding duit top-up handphone. Dengan lain perkataan, jika mampu memiliki handphone sudah pasti mampu membayar hutang. Namun, bila gagal membayar setiap bulan, maka jumlahnya menjadi banyak & semakin bertambah.
Bengang!!! Begitulah perasaan ayah Solehah & baginya (seperti peribahasa yang pernah diungkapkan oleh Karam Singh Walia - TV3) "terbakar kampung nampak asapnya, terbakar hati siapa yang tahu".
Catatan:
1. Kalau tidak salah ingatan, ini merupakan kali ketiga surat peringatan diterima kerana menjadi penjamin kepada kerabat tersebut.
2. Adalah diharapkan tiada cucu cicit Cikgu Mat Pedu yang gagal membayar hutang kerana kegagalan berbuat demikian bukan sahaja menyebabkan 'jiwa tergantung' tetapi juga menyusahkan penjamin & menjejaskan orang lain untuk membuat pinjaman.
3. Belajarlah mensyukuri nikmat (agar tidak dikatakan kufur nikmat) dengan menjelaskan pinjaman.
4. Sering juga menerima surat peringatan kerana menjadi penjamin kepada seorang lagi kerabat yang kini sudah mempunyai pekerjaan tetap, isteri yang bekerja, beranak pinak, rumah & dua buah kereta.
5. Bagaimana jika dicadangkan 'ah long' sebagai pemungut hutang pinjaman pelajaran???

1 comment:

  1. Sabar...sabar...sabar...
    itu hanya permulaaan cabaran ibu bapa apabila berdepan dengan karenah mereka. cabaran sebenar bukan di awal persekolahan tapi "dihujung" pembelajaran mereka kerana:
    1. mereka anggap mereka lebih pandai drp org tua mereka.
    2. mereka sudah dewasa, tak perlu nasihat lagi kerana ada 'org lain' yang perlu mereka dengar bukannya ibu bapa.
    tq

    ReplyDelete