Monday 12 October 2009

Personal: Janji I

~ Menunaikan Janji ~
Semasa menunaikan fardhu haji pada penghujung 2005, mama Solehah berjanji dengan seorang sahabat (Hajjah Jamilah, Staf Penang Port Commission) untuk menghadiahkan beliau salinan fotostat himpunan amalan & doa harian. Janji tersebut Hajjah tersebut ditemui di dalam Masjid al-Nabawi, Madinah.
Janji tersebut tertangguh untuk beberapa ketika sehinggalah tertunai hanya pada 04/06/09 yang lalu dalam perjalanan pulang membawa Solehah bercuti di Pulau Pinang & meneruskan perjalanan untuk kenduri anak seorang sahabat (Non Jeniang).
Catatan:
1. Dalam Islam, memungkiri janji adalah salah satu sifat orang munafik.
2. Masih terbayang nikmat & keseronokan menjadi "tetamu" Allah. Semoga hajat untuk sekali lagi menjadi "tetamu" Allah akan dapat ditunaikan.

No comments:

Post a Comment