Sunday 11 October 2009

Jamung: Novelhut

~ Books Bought At Novelhut ~
Adalah menjadi kebiasaan (sejak berulang alik ke KL untuk rawatan Solehah) untuk kami sekeluarga singgah & bermalam di Ipoh. Kebiasaan tersebut diulangi baru-baru ini (26/08/09) semasa dalam perjalanan menghantar abang kedua Solehah ke KLIA. Persinggahan di Ipoh kali ini amat bermakna kerana:
Pertama, dapat menunaikan hajat Solehah yang tidak kesampaian sebelum ini iaitu berbuka puasa di hotel.
Kedua, semasa meronda-ronda di Ipoh Parade, ayah & abang kedua Solehah terjumpa sebuah kedai buku terpakai iaitu "Novelhut". Terdapat banyak buku terpakai di situ & harganya amat murah - kebanyakannya sekitar RM3.00 hingga RM8.00. Ayah & abang kedua Solehah membeli beberapa buah buku. If you like reading, that's the place.
Reading is to the mind
what exercise to the body.
~ Joseph Addison ~
Catatan:
1. Novelhut is situated on the 3rd. Level of Ipoh Parade - near one of the entrance of Parkson.
2. Belum sempat baca buku-buku yang dibeli di Novelhut.
3. I had promised myself to buy at least a book a month.

No comments:

Post a Comment