Wednesday 7 October 2009

Personal: Persamaan Tarikh Lahir

~ A'sri & Non ~
Dua orang sabahat baik kepada keluarga Solehah memaklumkan bahawa tarikh lahir mereka adalah sama dengan ahli keluarga Solehah. Persamaan tarikh lahir tersebut adalah seperti berikut:
1. Tarikh lahir mama Solehah (10 September) sama dengan Saudara Zainol - kenalan & sahabat lama kepada keluarga. Juga merupakan rakan sekursus & sifu matematik kepada ayah Solehah. Beliau menelefon sendiri mama Solehah (beliau panggil Cik Dah) untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir. Beliau juga sering bertanya khabar tentang Solehah.
2. Tarikh lahir abang sulung Solehah (Adi) pada 18 September pula sama dengan tarikh lahir Saudara A'sri - sahabat & boss nombor 3 di tempat kerja. Rakan yang banyak membantu memudahkan pengurusan rawatan Solehah.
Untuk kedua-dua sahabat tersebut - better late than never: SELAMAT HARI LAHIR
Catatan:
Persahabatan yang menyentuh perasaan.

No comments:

Post a Comment