Friday 15 May 2009

Personal: Teachers Day

~ Self-designed Card ~
Ucapan "Selamat Hari Guru" kepada semua guru, khususnya (1) mereka yang pernah, sedang atau akan mengajar Solehah & ahli keluarganya - abang (adi & zakwan), mama & ayah; (2) guru-guru kelas tuition Solehah; dan (3) kaum keluarga & jiran yang masih menjadi guru ataupun sudah menjadi pesara guru.
Sempena Hari Guru, penulis ingin membuat catatan berikut yang ada kaitan dengan ketidakupayaan Solehah semasa bersekolah.
  1. Walaupun hanya sekitar 400 meter dari rumah, Solehah terpaksa dihantar oleh mamanya dengan kereta hingga ke dalam kawasan sekolah. Kebenaran terpaksa diperolehi untuk tujuan tersebut kerana waris tidak dibenarkan membawa kenderaan sehingga ke dalam kawasan sekolah. Setiap hari, mama Solehah memasuki kawasan sekolah sekurang-kurangnya tiga kali iaitu waktu pagi, waktu rehat untuk memberi makan & ke tandas dan waktu pulang.
  2. Solehah juga tidak dibawa ke kantin pada waktu rehat. Dia diberi makan di bawah pondok membaca yang dijadikan kawasan larangan untuk makan.
  3. Solehah juga tidak boleh bertinggung menyebabkan dia tidak ke tandas kerana tiada kemudahan tandas duduk. Dia hanya 'melepas' di dalam kereta - ubahsuai timba untuk dijadikan tandas bergerak. Bahan buangan dibuang di rumah.
  4. Kami juga memohon kebenaran agar Solehah dibenarkan membawa handphone agar tidak menyusahkan guru-guru jika timbul sebarang masalah.

Di atas segala kebenaran yang diberi, kami sekeluarga ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak sekolah. Namun, di sebalik kerjasama yang diberi timbul juga rasa kurang senang. Akan dicatatkan di pos yang seterusnya. Apa pun "SELAMAT HARI GURU".

1 comment:

  1. "hak guru lebih agung dari hak ibu bapa, sebab orang tua penyebab adanya kita sekarang& kehidupan yang fana, sementara guru, penyebab hidup yang kekal,sekiranya tidak ada guru, nescaya apa yang dihasilkan & diarahkan oleh orang tua akan celaka selama nya."
    Imam Al-Ghazali
    dikesempatan in juga saya ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru yang pernah mengajar saya dari bayi sehinggakan umur sekarang mencecah 19 tahun.... dan tidak lupa juga kepada 2 insan yang paling disayangi di dalam hidup ini....'penulis sendiri and ibu tercinta'yang juga merupakan seorang guru. Without both them sipa lah diri ini....walaupun penulis tidak pernah menjadi guru kepada saya, but mom and dad anda telah berjaya menjadi guru yang terbaik buat anak-anakmu kerana mereka berjaya menjadi insan yang berguna kepada agama bangsa dan negara.
    hadiah akan diberi pada bulan Julai nanti... kepada semua guru di malaysia, cekalkan hati dalam mendidik anak bangsa... walupun kerja itu amat sukar tetapi saya amat yakin dan pasti bahawa apa yang anda taburkan pada hari ini pasti akan mendapat pembalasan yang menggunung diakhirat kelak... sorry sebab lambat wish... sekarang ni terlalu sebok dgn exam yang tak habes2..... jasa anda semua tidak akan dpt dibalas
    semoga redha dan rahmat Allah akan sentiasa bersama kamu semua
    yang benar, anak mu yang jauh....

    ReplyDelete