Tuesday 19 May 2009

Anekdot: Tidak Puas Hati

~ Preparing for the Mid-Year Exam ~
Encik X dan Y ialah rakan baik & bekerja di sebuah syarikat yang sama. Kerapkali kedua-duanya akan masuk kerja lewat. Namun, sebagai ganti bagi setiap kali datang lewat, Encik X secara sukarela akan balik lebih lewat. Cara yang sama tidak diamalkan oleh Encik Y. Malah menjadi kebiasaan pula baginya untuk pulang awal (sekitar 3 – 5 minit) setiap hari.
Menjadi amalan bagi syarikat tersebut untuk memberi bonus setiap hujung tahun berdasarkan sesuatu kriteria yang ditetapkan. Pada satu tahun faktor kedatangan dijadikan asas. Semua pekerja diberi bonus kecuali Encik Y. Tidak berpuas hati Encik Y berkata, ”Apa punya sistem. X yang kebiasaannya lewat (datang lewat & balik lewat) pun dapat bonus. Aku yang lebih baik kerana ada juga awal (balik awal) tidak dapat bonus.

No comments:

Post a Comment