Tuesday 20 January 2009

Santai: Mengapa 'Membaca' Paling Mudah

Membaca adalah perkara paling mudah. Alasannya:
1. Sambil berdiri, boleh; sambil duduk, boleh; sambil baring, boleh; diringkaskan kata, macam mana pun boleh. Bahan bacaan pula, macam-macam - pilih saja. Cuma kena pakai akal (otak) sedikit semasa membaca untuk menyaring & 'rationalized' apa yang dibaca. Tenaga yang diperlukan pun hanya sedikit. (Nota: Alasan ini boleh ditolak.)
2. Dalam Islam, itulah (membaca @ iqra') merupakan perintah Allah yang pertama kepada manusia. Atas sifat Allah yang maha pemurah & maha penyayang (al-Rahman & al-Rahim), Ia pasti memberi perintah yang paling mudah/senang untuk dilaksanakan. Pada hal 'membaca' bukanlah perkara-perkara yang menjadi teras keislaman - mengucap, sembahyang, puasa, zakat & haji. (Nota: Sebagai orang Islam, bolehkah alasan ini ditolak???) .
Catatan:
1. Benarkah kita susah mengingati apa yang dibaca? Kalau benar, mengapa ada yang kita ingat sehingga kini walaupun telah lama kita membacanya.
2. Kata pakar, kalau kita membaca tanpa tekanan (eg: hiburan) kita akan meningatinya. Sebaliknya, kalau dengan tekanan (eg: mengingati fakta untuk peperiksaan, terutama pada saat-saat terakhir), kita akan sukar untuk mengingatinya. Jesturu itu, bacalah tanpa tekanan (i.e: baca lebih awal, kerana ilmu dan BUKAN untuk peperiksaan.

1 comment: