Tuesday 20 January 2009

Anekdot: Tertidur?

Seorang guru tertidur (???) di dalam kelas setelah menyuruh murid-muridnya membuat kerja/latihan yang diberi (lebih kurang macam Cikgu Shaari (P. Ramlee) dalam cerita "Masam-Masam Manis").
Murid-murid mula membuat bising & berlari-lari di dalam kelas. Guru tersebut terus lena. Semakin bising semakin nyenyak. Sampai berdengkur - tak sedar khabar. Tiba-tiba guru besar datang (memantau pengajaran & pembelajaran?). Murid-murid terus diam & berlari ke tempat duduk masing-masing. Keadaan senyap (sesenyap-senyapnya, jarum jatuh pun boleh dengar).
Keadaan senyap tersebut menyebabkan guru tersebut terjaga (bila senyap: pasti terjaga, bising, walau macam mana pun: pasti terjaga). Menyedari guru besar yang sedang berdiri di hadapan kelas beliau bingkas bangun. Menggosok-gosok matanya yang merah & dengan selamba berkata, "Begitulah caranya orang-orang zaman dahulu tidur di dalam gua". Bla... bla... (meneruskan cerita).
Catatan:
1. Sememangnya, ada orang yang boleh lena walau pun dalam keadaan bising. Sebaliknya, kalau keadaan tiba-tiba senyap akan terjaga. Penulis pernah mengalaminya semasa belajar dahulu. Pada hari-hari biasa, keadaan di kolej kediaman sentiasa bising (hingar-bingar). Susah nak tidur & kalau tidur pun tidak nyenyak - asyik terjaga. Selalu impikan keadaan yang senyap.
2. Namun, bila tiba musim peperiksaan keadaan menjadi sebaliknya. Keadaan menjadi sepi (bagai dilanggar geruda). Penulis tidak dapat lena (kalau lena pun sekejap) - iri hati (dengan "jiran-jiran" yang sibuk mentelaah & takut tidak sempat membuat ulangkaji.
3. Iktibar: Buat persediaan awal untuk peperiksaan.

No comments:

Post a Comment