Friday 16 January 2009

Personal: Haiwan Peliharaan

Sepanjang membesarkan anak-anak (hingga kini) kami memelihara beberapa haiwan peliharaan (pets). Antaranya:
1. Sepasang kura-kura: Dibeli oleh bapa & ibu saudara anak-anak (Pak Su Amer & Cu Lom). Dinamakan “Rachael & Antonio” – sempena nama hero & heroin sebuah drama bersiri Amerika Latin (disiarkan di TV) yang sangat diminati isteri. Lepas beberapa tahun (rasanya lebih dari 10 tahun), kami lepaskan (kerana semakin membesar). Oleh kerana terlalu lama dipelihara, survival kedua-duanya tak tinggi. Tak mau pergi.
2. Anak ayam: Entah dari mana datangnya (di kawasan perumahan kami sememang tiada yang memelihara). Sebagaimana datang begitu juga pergi. Tidak lama dipelihara (tak sempat buat lau @ reban), terlepas & hilang entah ke mana. Cik Ah menangis kerana kehilangan ayam tersebut.
3. Ikan puyu & sepat: Diberi oleh Syazwan (panggilan: Cik - anak Cet) kepada Solehah. Tidak lama dipelihara kerana mati – sifat ikan yang tidak tahan lama).
4. Anak burung terkukur (anak): Anak burung tersebut terjatuh di laman rumah ketika belajar terbang. Dek kerana nak selamat daripada kucing & atas kehendak Cik Ah, jadi kami pelihara. Terpaksa beli sarang & makanan – i.e: sambau (sejenis makanan burung). Dilepas bebas dengan persetujuan Cik Ah tahun lepas setelah pandai terbang.
5. Sepasang anak tupai: Diberi oleh anak saudara (Zam, Serdang) kepada Cik Ah pada hari kenduri perkahwinan Iqbal (25/12/2007). Kami namakan ‘Upin’ & “Ipin”. Kedua-duanya amat manja dengan Cik Ah. Malangnya kedua-duanya mati. Ipin mati pagi ini ... tanpa apa-apa sebab. Semalam masih sihat & segar bugar. Kasihan Cik Ah... menangis apabila diberitahu setelah balik dari kelas tuisyen. Upin mati lebih awal (about 2 weeks ago; 31 December 2007) akibat kelalaian ayahnya (terlepas ketika membersihkan sarang & di‘ngap’ kucing jiran).
Catatan:
Pengkebumian Ipin (di laman rumah) akan dibuat jam 7.00 ptg (Jumaat, 16/01/09)

No comments:

Post a Comment