Monday, 28 December 2009

Personal: Danok

~ 25/12/09 : Mencuba Blackberry di Danok ~
Solehah & famili tiba di Danok (bandar bersempadan dengan Bukit Kayu Hitam) jam 4.30 petang selepas menukar sedikit wang di Changlun. Selepas selesai urusan imigresen, kami singgah di sebuah restoren - untuk basah tekak & alas perut.
Belum pun sempat pesanan sampai, kami menerima panggilan telefon daripada Bang Ei (sepupu mama Solehah) yang berjanji untuk menjemput kami. Beliau datang dengan seorang sahabat karib beliau (Nawi - tauke gas utama di Narathiwat) yang juga kenalan keluarga.
Mereka turut serta minum & apabila selesai kami bertolak ke Narathiwat. Dalam perjalanan kami singgah sebentar di sebuah stesen minyak untuk bersolat. Selesai solat qasar, kami teruskan perjalanan. Sampai di Kampong Lubok Sawo jam 9.30 malam (8.30 malam waktu Thailand) - rumah Kak Mas untuk makan malam. Kami dihidangkan dengan gulai serati. Selesai makan, Nawi pulang ke rumah & kami bertolak ke Sungai Batu (lebih kurang 4Km dari rumah Kak Mas).
Catatan:
1. Kak Mas ialah seorang sepupu kepada mama Solehah - tukang masak yang handal.
2. Siti ialah panggilan Solehah kepada Kak Mas.

Personal: Sawadee

~ 25/12/09 : Malaysia-Thai Boarder ~
Sebagai memenuhi janji (hadiah) mendapat 'top-ten' Peperiksaan Akhir Tahun 2009, Solehah dibawa bercuti di Thailand - melancong sambil menziarahi keluarga. Abang Mad ikut serta (terpaksa bercuti) untuk membantu menguruskan Solehah.
Dengan pertolongan keluarga di Thailand, kami memulakan perjalanan jam 3.00 petang pada 25/12/09 dari rumah menaiki teksi Pak Elias (kenalan) menuju Bukit Kayu Hitam. Destinasi pertama kami ialah ke Kampung Sungai Batu di Wilayah Narathiwat - wilayah 'bergolak'.
Catatan:
1. Kampung Sungai Batu terletak bersebelahan dengan Kampung Teluk Manok - terdapat Masjid yang berusia lebih 300 tahun - dibina tanpa sebatangpun paku.
2. Draf post ini dibuat buat lebih awal, namun hanya dapat dipublish di Bangkok (Hotel Regent, Bangkok) bila terdapat internet connection.

Wednesday, 2 December 2009

Personal: Marsya Nur Aulia

~ Solehah & Marsya Nur Aulia: 29/11/09 ~
Walaupun sudah lebih 8 tahun & banyak hospital dikunjungi, kami tidak pernah bertemu mana-mana kanak-kanak AMC (Arthrogryposis Multiplex Congenita) seperti Solehah. Cuba juga bertanya-tanya kepada para doktor, namun tiada jawapan pasti. Bukan apa, hanya untuk berkongsi pengalaman - walaupun dikatakan tiada dua masalah yang serupa untuk kes AMC.
Namun (melalui blog ini) akhirnya dengan ketentuan Allah, kami diketemukan dengan seorang lagi anak istimewa pengidap AMC iaitu Marsya Nur Alia. Pertemuan tersebut diatur di rumah pada hari Ahad, 29/11/09 (hari ke-3 Aidiladha) & berlangsung dengan penuh rasa kekeluargaan. Banyak perkara yang dapat dikongsi pada petang hari tersebut.
Catatan:
1. Rasanya Marsya tidaklah seteruklah Solehah - pada umur ini beliau nampak pintar, sudah boleh duduk & pegang benda.
2. Adalah diharapkan rasa kekeluargaan yang terbina bukan sahaja berpanjangan tetapi bertambah akrab.
3. Terbukti sifat pengasih & penyayang Allah kerana menganugerahkan Marsya kepada ibu & bapa yang amat positif - Marsya is in the good hands.
4. Kami doakan ibu & bapa Marsya terus gigih untuk membesarkan Marsya.
5. Marsya juga dirawat oleh para doktor yang sama - Dr. Zul, Dr. Asri & Dr. Asyikin.

Sunday, 29 November 2009

Santai: On 'Computer Error'

~ Solehah dengan Pakcik & Makcik JB ~
Selaras dengan perkembangan semasa, Solehah kini dah mempunyai Facebook sendiri. Pakcik JB (anak keempat Cikgu Mat Pedu) yang balik untuk berhari raya Aidiladha tolong buatkan. Makcik JB pula tolong ajarkan bagaimana nak selenggara/update Facebook.
Since Solehah is under-age, Pakcik JB telah beri date of birth yang tak betul - tipulah tu. Anyway, Solehah is happy. Thanks Pakcik JB & Makcik.
On 'modern age' technology:
A man who was having problem with his computer called his friend for help. After clicking a couple of icons (buttons), the problem was solved. Wanted to know what the problem was, the man asked his friend, "So, what was wrong?"
"It was an 'ID ten T' error," replied his friend.
Didn't want to appear stupid, the man inquired, "What's that ... in case I need to fix it again?"
"Haven't you ever heard of such error before?" asked his friend.
"No," he replied.
"Write it down and you'll figure it out," he said.
So the man wrote it down ...
Catatan:
1. Dengan pertolongan Makcik, Pakcik JB telah belikan Solehah hadiah yang dia kehendaki. Although it might be nothing to a few, but to the family it is really a GREAT GIFT.
2. Hidup Pakcik (3x).

Saturday, 28 November 2009

Jamung: Make Your Choice

~ Solehah & Her Family At Home : Aidiladha 1430 Hijrah ~
You are riding along on your motorbike on a wild, stormy night. You pass by a bus stop and you see three people waiting for a bus. Those three are:
1. a little handicapped girl (mirip adik anda) who looks as if she is going to die;
2. an old friend who once saved your life; and
3. a perfect man/woman whom you have been dreaming about.
Which one would you help? Who would you offer a ride as there could be only one passenger on your motorbike?
You could pick up the little girl first because she is going to die; or you could take the old friend because this would be the perfect chance to pay him/her back. However, by making that choice you may never be able to find your perfect dream lover again.
Sometimes, we gain more if we are able to give up our stubborn thought limitations. The art of being wise is the art of knowing what to overlook.
-Anonymous-

Friday, 27 November 2009

Personal: Aidiladha

Lazimnya, pada Hari Raya Qurban, Solehah akan mengajak abangnya ke masjid untuk melihat sembelihan qurban. Kalau dengan her second brother, tak banyak soal - akan didukungnya Solehah ke masjid. Her eldest brother pun sebenarnya lebih kurang sama. Cuma dia akan memberitahu tak perlulah pergi kerana dia amat 'sedih' ke masjid kerana hari raya aidiladha ialah "ulang tahun kelahirannya, di situlah tempat dia dibuang selepas dilahirkan & kemudiannya ditemui oleh ayah & mama".
Catatan:
1. Persiapan sambutan kali ini paling sederhana.
2. Hanya Pakcik & Makcik JB balik beraya di kampung.

Wednesday, 25 November 2009

Jamung: On 'School Holidays'

~ Picnic, Yan : Will there be another moment? ~
After Solehah's mama appointment at Klinik O&G (HSB) yesterday, Solehah wanted to to buy a story book - her first present for being top ten in her final exam. She chose "Bacakan Saya Satu Cerita" which was quite expensive. Her parents took the opportunity to buy her another two exercise books (English & Mathematics Year 3) to keep her busy during this school holidays. It is also to make as good as her two brothers.
Hope Solehah could answer Mathematics questions (such as below - modified from Solehah exercise book) fast & correct.
111,111,111 x 111,111,111
Catatan:
1. Don't think Solehah manage to get the right answer. But once being told, she will say, "senang ... adik tersilap." Taktik biasa Solehah.
2. Solehah juga dibelikan sepasang lagi kasut baru - kasut raya - her second present for being top ten. Wonder how many more ...
3. Alhamdulillah, mama Solehah kini disahkan 100% sihat.
4. Bought myself another book "Asam Garam Gula & Kopi" by Abd. Jalil Ali - sebagai memenuhi janji 'satu bulan sebuah buku'.

Tahfifah: Terkilan

~ Solehah & Uncle Alan (Physiotherapy HSB) ~
Membesarkan anak-anak (amanah Allah) adalah sesuatu yang tidak membebankan. Apa lagi dalam membesar & mendapatkan pelbagai rawatan untuk Solehah. Walaupun sedikit memenatkan tetapi tidak pernah (malah tidak mungkin) dirasakan sebagai sesuatu yang menyiksakan. Mama & ayah Solehah sentiasa bersama mengharungi susah payah. Dalam banyak situasi, kedua-dua abangnya turut membantu.
Berkat kesabaran & kesungguhan, kami bahagia apabila melihat keadaan Solehah sentiasa menunjukkan 'improvement'. Syukur, alhamdulillah.
Namun, agak terkilan (berdasarkan pemerhatian) kerana didapati hanya kaum ibu yang kerap mengiringi anak-anak berbanding kaum bapa.
Walaupun tiada hak mempersoalkan, tetapi lebih wajar jika bapa sentiasa menemani isteri & anak. Janganlah sekadar menghantar, kemudiannya entah ke mana & hanya datang menjemput apabila dihubungi setelah selesai rawatan.
Catatan:
1. Dalam satu kes, kami menemui sebaliknya iaitu hanya bapa sahaja yang mengiringi anak. Sedih kerana si ibu (seorang doktor) langsung tak pernah nampak batang hidung walaupun bertugas di hospital yang sama di mana anaknya mendapatkan rawatan. Agaknya malu. Tak sepatut begitu kerana 'we' are the selected people (by Allah) to have such a child.
2. Kami juga perasan yang kebanyakannya tidak begitu 'friendly' apabila cuba didekati untuk berkongsi rasa & pengalaman.
3. To my family, "we are VERY PROUD to have Solehah".

Sunday, 22 November 2009

Personal: On 'Limitation'

~ SuaRasa: 30/10/09 ~
Being what she is, has limited Solehah's participation in her school's activities. Whenever there is an activity, Solehah won't go to school - no one will take care of her as the teachers & friends will be busy. Pity her ...
For example, during her school sports day (although never mentioned) we knew that she wanted to take part in the show during the break.
She even came home one day telling that her classmate was selected as the school's prefect. On another occasion, she told that another friend had been appointed as pengawas pusat sumber sekolah.
To treat her fairly (Abang Mat: tennis & Abang Kuan: Taekwando), her mama had promised (when the time is right) to send her to a music class - learning either piano @ keyboard. As Solehah likes singing, she couldn't hardly wait for that moment.
Catatan:
1. Suara Solehah bukannya sedap. Namun dia bolehlah juga menyanyi, ingat lirik & nama lagu. Agak menghairankan kerana dia hanya mendengar radio ketika di dalam kereta - di rumah tiada radio @ seumpamanya.
2. Tak dapat dipastikan apakah Solehah berjiwa seni - muzik & nyanyian - kerana pada dasarnya tiada ahli keluarga yang betul-betul berbakat dalam bidang tersebut walaupun kedua-dua abangnya ada memiliki gitar.
3. Antara lagu yang Solehah minati ialah "Memori Tercipta": Shila OIAM & "Ayat-ayat Cinta": Rossa.

Tuesday, 17 November 2009

Personal: Terima Kasih

~ Maya & Friends ~
Tidak terduga untuk sampai ke tahap ini semasa mula menulis blog. Alhamdulillah, blog ini telah mencatatkan catatan ke-100 baru-baru ini.
Pos kali ini adalah untuk menyatakan penghargaan & terima kasih kepada: (1) 'bilah buluh' kerana merupakan individu pertama yang secara tidak langsung telah mencetuskan budaya blog; (2) Solehah serta kaum keluarga Solehah (mama, abang-abang & kerabat terdekat) yang sentiasa dijadikan inspirasi & bahan penulisan; dan (3) mereka yang secara rela hati menjadi 'pengikut nyata' blog ini - sebahagiannya dipaksa (rujuk pos: Personal: Sifu -15/02/09).
Namun, berikut adalah beberapa perkara yang menarik (dirasakan wajar untuk dicatat) sepanjang mengendalikan blog ini:
  1. Dimaklumkan oleh abang-abang Solehah yang ada segelintir rakan mereka mengikuti blog ini - jika benar, terima kasih kepada mereka.
  2. Seorang kenalan lama (orang Jeniang) pernah menelefon pada satu malam mengatakan yang beliau sedang membaca blog ini.
  3. Solehah memperolehi kenalan (keluarga) maya secara tidak langsung - Kak Maya (Princess Maya) & Kak Qaisara - terima kasih kerana berkongsi rasa. Pernah juga ditanya oleh seorang 'pengikut senyap' siapa itu Akak Maya.
  4. Terbaru, satu e-mel dari Sdr. Ridzuan (bapa kepada Marsya Nur Aulia - another gifted child) yang ingin berkenalan untuk berkongsi pengalaman. Terharu & sebak jadinya apabila beliau mencatatkan: saya bterima kasih kerana blog sdr byk memberi semangat dan dorongan serta motivasi pada saya utk terus berusaha dan berserah pada Allah atas anugerah x ternilai yg diberi. Keluarga sdr akan mjadi role model kami utk terus berusaha ... insyaAllah ... (dipetik dari e-mel asal beliau dengan dibuat sedikit pengubahusaian).

Catatan:
1. InsyaAllah keluarga Solehah akan cuba mengatur pertemuan dengan keluarga Marsya Nur Aulia dalam waktu terdekat - kesejahteraan & kebahagiaan keluarga tersebut kami doakan.
2. Sukar untuk menerangkan kepada Solehah tentang 'hubungan maya' apabila dia bertanya ke mana perginya Akak Maya & Akak Qaisara.
3. Terima kasih kepada semua yang pernah singgah di blog ini - semoga anda semua dirahmati.