Tuesday 17 November 2009

Personal: Terima Kasih

~ Maya & Friends ~
Tidak terduga untuk sampai ke tahap ini semasa mula menulis blog. Alhamdulillah, blog ini telah mencatatkan catatan ke-100 baru-baru ini.
Pos kali ini adalah untuk menyatakan penghargaan & terima kasih kepada: (1) 'bilah buluh' kerana merupakan individu pertama yang secara tidak langsung telah mencetuskan budaya blog; (2) Solehah serta kaum keluarga Solehah (mama, abang-abang & kerabat terdekat) yang sentiasa dijadikan inspirasi & bahan penulisan; dan (3) mereka yang secara rela hati menjadi 'pengikut nyata' blog ini - sebahagiannya dipaksa (rujuk pos: Personal: Sifu -15/02/09).
Namun, berikut adalah beberapa perkara yang menarik (dirasakan wajar untuk dicatat) sepanjang mengendalikan blog ini:
  1. Dimaklumkan oleh abang-abang Solehah yang ada segelintir rakan mereka mengikuti blog ini - jika benar, terima kasih kepada mereka.
  2. Seorang kenalan lama (orang Jeniang) pernah menelefon pada satu malam mengatakan yang beliau sedang membaca blog ini.
  3. Solehah memperolehi kenalan (keluarga) maya secara tidak langsung - Kak Maya (Princess Maya) & Kak Qaisara - terima kasih kerana berkongsi rasa. Pernah juga ditanya oleh seorang 'pengikut senyap' siapa itu Akak Maya.
  4. Terbaru, satu e-mel dari Sdr. Ridzuan (bapa kepada Marsya Nur Aulia - another gifted child) yang ingin berkenalan untuk berkongsi pengalaman. Terharu & sebak jadinya apabila beliau mencatatkan: saya bterima kasih kerana blog sdr byk memberi semangat dan dorongan serta motivasi pada saya utk terus berusaha dan berserah pada Allah atas anugerah x ternilai yg diberi. Keluarga sdr akan mjadi role model kami utk terus berusaha ... insyaAllah ... (dipetik dari e-mel asal beliau dengan dibuat sedikit pengubahusaian).

Catatan:
1. InsyaAllah keluarga Solehah akan cuba mengatur pertemuan dengan keluarga Marsya Nur Aulia dalam waktu terdekat - kesejahteraan & kebahagiaan keluarga tersebut kami doakan.
2. Sukar untuk menerangkan kepada Solehah tentang 'hubungan maya' apabila dia bertanya ke mana perginya Akak Maya & Akak Qaisara.
3. Terima kasih kepada semua yang pernah singgah di blog ini - semoga anda semua dirahmati.

4 comments:

  1. tahniah, kerana makin kuat berblogging. syabas kerana mencapai episod ke 100.

    ReplyDelete
  2. Salam Tanpa Nama 16:37
    Terima kasih ... saya bersyukur. Sebenarnya dah tak berapa kuat dah ... al-maklum usia semakin meningkat.

    ReplyDelete
  3. Salam...
    tahniah sebab dah sampai catatan ke 100. Tak sangka, cikgu sudi titipkan nama saya dlm catatan ni. Tqvm...
    sejak pertama kali terbaca dulu, selalu jugak saya ikuti blog ni untuk mengetahui perkembangan Solehah.
    tahniah juga pd Solehah sebab dapat mengekalkan kecemerlangan dlm pelajaran. semoga Solehah akan terus sukses dalam pelajaran dan juga kehidupan...
    ketabahan ibu dan ayah Solehah juga insya Allah akan menjadi inspirasi kepada ibubapa lain yang mempunyai anak istimewa seperti Solehah...

    ReplyDelete
  4. Salam Qaisara
    Tk kerana membuat catatan di blog ini. Sebenarnya Solehah juga kerap bertanya tentang anda. Tentu dia gembira dengan catatan ini.
    Kami sekeluarga doakan kebahagian & kesejahteraan anda sekeluarga.
    Selamat menyambut Aidiladha.

    ReplyDelete