~ Solehah with her long-faced : Kenduri, December 2010 ~
Setiap kali cuti sekolah, ramai yang menerima undangan kenduri. Ayah Solehah tidak terkecuali. Secara amnya, ada dua jenis jemputan iaitu kenduri kahwin & kenduri kesyukuran/tahlil sempena berkhatan atau aqiqah.
Untuk cuti pertengahan tahun persekolahan 2011 ini, ayah Solehah (sehingga pos ini dibuat) menerima 18 undangan sama ada daripada keluarga, kenalan atau jiran. Seberapa dapat, semua akan dipenuhi kerana jemputan tersebut sememang untuk ayah Solehah - sebelumnya lebih untuk anak Cikgu Mat Pedu.
Ada dua isu bila memperkatakan tentang memenuhi undangan terutama jika terdapat lebih dari satu jemputan sehari. Pertama, jarak perjalanan & kesesakan lalu lintas yang semakin ketara menyebabkan tidak sempat pergi lebih dari satu tempat. Kedua, mengajak Solehah untuk ikut serta.
Catatan:
1. Berbual (di tempat kenduri) dengan seorang rakan, rupa-rupanya isu mengajak anak-anak untuk ikut serta adalah masalah biasa. Kata rakan tersebut, "Anak-anak lebih selesa di rumah dengan aktiviti masing-masing. Kalau dipaksa juga mereka 'memberontak'." Rasanya Solehah tidak terkecuali.
2. Dah menjadi trend kini sudah semakin ramai orang Alor Setar mengadakan kenduri di dewan berbanding rumah.
No comments:
Post a Comment