Saturday 10 April 2010

Personal: Tersangatlah Mesra

~ Dr. Azillah & Her 'Crew' ~
Kami diketemukan semula dengan Dr. Azillah Mohd Ali (Dr. AMA), pakar pergigian kanak-kanak yang membuat pembedahan untuk mencabut semua gigi susu Solehah. Pertemuan tersebut berlaku semasa appointment gigi Solehah pada 25/03/10 yang lalu.
Semasa Solehah sedang berjalan masuk ke bilik rawatan, Dr. AMA yang kebetulan lalu di situ menyapa. Maka berlakulah sembang yang panjang kerana Dr. AMA sememangnya peramah. Pelbagai soalan ditanya & beliau nampak kagum dengan perkembangan keseluruhan Solehah. Sebenarnya, kami tidak pernah berjumpa dengan Dr. AMA selepas pembedahan pada tahun 2006 yang lalu.
Oleh kerana terasa lama berbual, mama Solehah secara berhemah meminta maaf sekiranya ia mengganggu. Puan Arun a/p Ah Mooi yang sedang memeriksa gigi Solehah berkata, "It's ok. Solehah is our last patient for the day." kepada bosnya.
Perbualan diteruskan sehinggalah Dr. AMA meminta diri. We thanks her kerana ingatkan dah habis but seconds later she was back with two other doctors. She introduced both (again terlupa nama) & told us to see them if she is not around. Three of them were in the room until Solehah finished being treated.
"Bukan sekadar sungguh mesra tetapi TERSANGATLAH MESRA!
Catatan:
Satu lagi contoh kemesraan staf hospital kerajaan - hospital 'percuma'.

No comments:

Post a Comment