Wednesday 7 April 2010

Personal: On '1 Malaysia'

~ One of Anak 1 Malaysia ~
Beberapa malam yang lalu terdapat satu 'missed call' daripada Leong - satu-satunya mekanik kereta ayah Solehah. Oleh kerana beliau amat jarang menelefon, maka ayah Solehah telah menelefonnya kembali untuk mendapat kepastian sama ada apa-apa yang boleh dibantu.
Rupanya, sekadar bertanya khabar abang kedua Solehah di sebuah negara yang kini heboh mengenai penyerang bom. Beliau baru membaca berita tersebut di akhbar.
Proven that Leong is not only a mechanic to the dad but he is also a very close family friend. As often said by most, "Dah macam adik beradik."
Berikut ialah beberapa catatan mengenai hubungan famili Solehah dengan Leong:
1. Perkenalan dengan Leong berlaku sejak dia menjadi 'kuli' (early 80's) sehingga sekarang dah jadi tauke - ada kedai & pekerja sendiri. Ketika itu sama-sama masih bujang.
2. Ayah Solehah tidak pernah bimbang apabila keretanya diservis - he just send his car, takes Leong's car home & Leong will take care of everything - termasuk bayaran - can pay later maa ...
3. Ayah Solehah pernah minta hutang (kerana ATM offline) sebanyak RM500. Without any questions Leong just gave ...
4. Leong & his family never miss to come for the Hari Raya - dia pernah komplen kerana kami tidak pernah ke rumahnya during Gong Xi Fa Cai.
5. Abang Solehah (semasa kecil) pernah meminta kereta mainannya yang rosak dihantar kepada Leong untuk dibaiki.
6. Kami bukan sahaja kenal semua ahli keluarga masing-masing tetapi juga sering bertanya khabar. Leong pernah minta ayah Solehah menulis ejaan bagi nama salah seorang anaknya yang baru lahir.
Catatan:
There's another '1 Malaysia' friend by the name of Teh Khoon Seang. He & his wife have been our family friend since 1980's.

No comments:

Post a Comment