Tuesday 27 April 2010

Personal: Kecil Tapak Tangan

~ Giant House, Bangkok : December 2009 ~
Sedang berehat di rumah petang kelmarin (Isnin, 28/04/10), ayah Solehah menerima satu panggilan telefon daripada jururawat Jabatan Pergigian Pediatrik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Dia bertanya sama ada ayah atau mama Solehah dapat datang ke HSB petang keesokannya untuk memberi maklum balas mutu perkhidmatan jabatan tersebut. Untuk tujuan tersebut, temu bual & rakaman video akan digunakan. Hasil temu bual tersebut akan digunakan untuk satu persembahan.
Walaupun sudah ada komitmen lain (ada mesyuarat – thanks Nazmin kerana sudi mewakili) & agak tidak selesa berhadapan kamera, permintaan tersebut segera dipersetujui seperti kata perpatah, "Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan." Namun, hasrat untuk membawa Solehah & mamanya bersama tidak kesampaian kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan.
Persetujuan diberi bukan kerana budi tetapi kerana dedikasi, komitmen, kesungguhan, kemesraan & keikhlasan yang dipamerkan oleh staf jabatan tersebut sejak tahun 2005 lagi (ketika masih di Hospital Alor Setar). Pendekatan yang digunapakai bukan sahaja membuat Solehah 'feels as if at home' tetapi rasa tersebut turut dikongsi oleh ayah & mama Solehah. Sesungguhnya, Solehah amat senang dengan jabatan tersebut.
Catatan:
This post was made while waiting for the interview by Dr. Affendi Nor Azmi.

No comments:

Post a Comment