Thursday 25 March 2010

Tahfifah: Ubat Gigi

~ Solehah's Toothpaste ~
On one of Solehah's appointment I heard a man said, "I would prefer to see a woman dentist."
"Why?" asked a man sitting next to him (probably his friend).
"Because it would be a pleasure to have a woman say, 'Open your mouth' instead of 'Shut up'! replied the man.
Note: Is this an example of a case 'bukan takut kat bini (isteri)' but 'bini (isteri) tak takut kat laki (suami)?

Pada tahun 2005, Solehah telah dirujuk untuk diperiksa oleh pakar pergigian pediatrik (Dr. Azillah Mohd Ali) setelah sering mengadu sakit gigi. Pemeriksaan mendapati (1) majoriti gigi susu rosak; dan (2) gusi yang sensitif.
Hasilnya (1) Dr. Azilah membuat keputusan untuk membuang (cabut) semua gigi susu Solehah & terpaksa dilakukan di bilik pembedahan - Solehah perlu dibius terlebih dahulu; dan (2) untuk mengatasi gusi yang sensitif, dicadangkan agar Solehah menggunakan ubat gigi khas (Tooth Mousse).
Catatan:
1. Hampir semua gigi susu Solehah rosak - berlubang & busuk. Ia berpunca daripada kecuaian ayah & mama Solehah untuk memberus gigi Solehah dengan sempurna kerana ketidakupayaan Solehah membuka mulut dengan luas.
2. Untuk tujuan membuang giginya, Solehah telah dimasukkan ke hospital mulai 20/02/06 - 22/02/06. Pakar bius yang mengendalikan kes ini ialah rakan baik/sekolah Pak Cik JB iaitu Dr. Ahmad Shaltut.
3. Alhamdulillah ... kini gigi Solehah telah bertambah baik, hanya tumbuhnya tidak sekata - akan dirujuk pula (apabila tiba masanya) untuk dipakai 'brace'.
4. 'Tooth Mousse' tidak dibekalkan justeru perlu dibeli di sebuah klinik pergigian swasta. Harga (kalau tak salah ingatan) satu pek kecil (net weight: 40g @ 35mL) ialah RM60.00. Namun berbaloi dibeli untuk sakit gigi - ayah Solehah pernah mencubanya untuk diri sendiri & salah seorang sepupu Solehah. Dengar khabar, ubat gigi tersebut kini boleh dibeli di Klinik Pergigian Pediatrik, HSB - dijual oleh badan kebajikan staf dengan harga yang jauh lebih berpatutan.

No comments:

Post a Comment