Friday 26 March 2010

Personal: Rawatan Gigi

~ Pervious Visit : Thursday, 25/03/10 ~
Alhamdulillah, berkat rawatan susulan secara berkala (selepas dicabut semua gigi susu) gigi Solehah kini berada pada tahap memuaskan. Rawatan-rawatan susulan diadakan setiap tiga hingga enam bulan sekali. Rawatan staf Klinik Pergigian Pediatrik, HSB bukan sahaja profesional tetapi juga amat mesra - termasuk bersabar melayani karenah Solehah.
Pendekatan sedemikian membuat Solehah agak selesa ketika menjalani pemeriksaan. Selain itu, kami berkesempatan merasai komitmen & kemesraan (hingga di luar waktu kerja) staf klinik tersebut seperti Puan Arun a/p Ah Mooi, Puan Uswah bt. Hassannah & ramai lagi - maaf tak ingat nama. Untuk semua diucapkan setinggi-tinggi penghargaan.
Catatan:
1. Puan Arun telah dinaikkan pangkat & ditukarkan ke Hospital Jitra tetapi masih diminta datang bertugas di HSB dua kali seminggu. Tahniah & terima kasih.
2. Setiap kali menjalani pemeriksaan, Solehah akan 'diberi peluang memilih' hadiah yang dikehendaki.
3. Mama & ayah Solehah pernah ditegur agar tidak memarahi Solehah walaupun karenahnya agak keterlaluan semasa menjalani pemeriksaan.

No comments:

Post a Comment