Friday, 26 March 2010

Personal: Rawatan Gigi

~ Pervious Visit : Thursday, 25/03/10 ~
Alhamdulillah, berkat rawatan susulan secara berkala (selepas dicabut semua gigi susu) gigi Solehah kini berada pada tahap memuaskan. Rawatan-rawatan susulan diadakan setiap tiga hingga enam bulan sekali. Rawatan staf Klinik Pergigian Pediatrik, HSB bukan sahaja profesional tetapi juga amat mesra - termasuk bersabar melayani karenah Solehah.
Pendekatan sedemikian membuat Solehah agak selesa ketika menjalani pemeriksaan. Selain itu, kami berkesempatan merasai komitmen & kemesraan (hingga di luar waktu kerja) staf klinik tersebut seperti Puan Arun a/p Ah Mooi, Puan Uswah bt. Hassannah & ramai lagi - maaf tak ingat nama. Untuk semua diucapkan setinggi-tinggi penghargaan.
Catatan:
1. Puan Arun telah dinaikkan pangkat & ditukarkan ke Hospital Jitra tetapi masih diminta datang bertugas di HSB dua kali seminggu. Tahniah & terima kasih.
2. Setiap kali menjalani pemeriksaan, Solehah akan 'diberi peluang memilih' hadiah yang dikehendaki.
3. Mama & ayah Solehah pernah ditegur agar tidak memarahi Solehah walaupun karenahnya agak keterlaluan semasa menjalani pemeriksaan.

Thursday, 25 March 2010

Tahfifah: Ubat Gigi

~ Solehah's Toothpaste ~
On one of Solehah's appointment I heard a man said, "I would prefer to see a woman dentist."
"Why?" asked a man sitting next to him (probably his friend).
"Because it would be a pleasure to have a woman say, 'Open your mouth' instead of 'Shut up'! replied the man.
Note: Is this an example of a case 'bukan takut kat bini (isteri)' but 'bini (isteri) tak takut kat laki (suami)?

Pada tahun 2005, Solehah telah dirujuk untuk diperiksa oleh pakar pergigian pediatrik (Dr. Azillah Mohd Ali) setelah sering mengadu sakit gigi. Pemeriksaan mendapati (1) majoriti gigi susu rosak; dan (2) gusi yang sensitif.
Hasilnya (1) Dr. Azilah membuat keputusan untuk membuang (cabut) semua gigi susu Solehah & terpaksa dilakukan di bilik pembedahan - Solehah perlu dibius terlebih dahulu; dan (2) untuk mengatasi gusi yang sensitif, dicadangkan agar Solehah menggunakan ubat gigi khas (Tooth Mousse).
Catatan:
1. Hampir semua gigi susu Solehah rosak - berlubang & busuk. Ia berpunca daripada kecuaian ayah & mama Solehah untuk memberus gigi Solehah dengan sempurna kerana ketidakupayaan Solehah membuka mulut dengan luas.
2. Untuk tujuan membuang giginya, Solehah telah dimasukkan ke hospital mulai 20/02/06 - 22/02/06. Pakar bius yang mengendalikan kes ini ialah rakan baik/sekolah Pak Cik JB iaitu Dr. Ahmad Shaltut.
3. Alhamdulillah ... kini gigi Solehah telah bertambah baik, hanya tumbuhnya tidak sekata - akan dirujuk pula (apabila tiba masanya) untuk dipakai 'brace'.
4. 'Tooth Mousse' tidak dibekalkan justeru perlu dibeli di sebuah klinik pergigian swasta. Harga (kalau tak salah ingatan) satu pek kecil (net weight: 40g @ 35mL) ialah RM60.00. Namun berbaloi dibeli untuk sakit gigi - ayah Solehah pernah mencubanya untuk diri sendiri & salah seorang sepupu Solehah. Dengar khabar, ubat gigi tersebut kini boleh dibeli di Klinik Pergigian Pediatrik, HSB - dijual oleh badan kebajikan staf dengan harga yang jauh lebih berpatutan.

Tuesday, 23 March 2010

Personal: On 'Lucky Dad'

~ My 'Perfect' Daughter ~
I have a perfect daughter.
Does she has a steady boyfriend?
No, she doesn't.
Does she mix with bohsia or bohjan?
No, she doesn't.
Does she drink or smoke?
No, she doesn't.
Does she ever come home late?
No, never.
Does she go out without permission?
No, she doesn't ... in fact never even ask to go out without me.
Wow ... so how does she spend her day?
Only schooling, studying, doing homeworks & attending tuitions.
I guess you are a very lucky person. Yes, you really do have a perfect daughter. How old is she?
She is only nine years old TODAY.
Catatan:
1. Dialog di atas mungkin berlaku selepas satu sesi sembang kosong mengenai masalah sosial yang sedang berlaku pada masa kini.
2. Solehah telah dapat beberapa keputusan Peperiksaan Suku Tahun yang lalu. She got 66% for Mathematics, 92% for Science & 98% for Agama Islam. To be fair (considering Solehah only attended school for about 2 weeks before the exam), I think the result is okay. Anyway let's pray & hope that she will do better next time.

Saturday, 20 March 2010

Personal : Hydrotherapy

~ Unit Fisioterapi, HSB : 17/03/10 ~
Sudah tiga minggu (setiap petang Rabu) Solehah menjalani latihan 'hydrotherapy'. Latihan yang bertujuan menguatkan otot-otot kaki dijalankan di Unit Fisioterapi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Unit tersebut adalah satu unit di Jabatan Rehabilitasi sesebuah hospital. Satu lagi unit ialah Unit Cara Kerja.
Kami tahu mengenai 'hydrotherapy' secara 'kebetulan' iaitu ketika mula mendapatkan rawatan fisioterapi di Hospital Besar Alor Setar (sebelum berpindah ke HSB). Walaupun terdapat kemudahan tersebut di hospital kerajaan, stafnya (satu ketika dulu) seolah-olah (hanya andaian) tidak mahu menggunakannya. Barangkali sebab kena salin pakaian. Justeru itu, ayah Solehah mengambil daya usaha belajar untuk mengendalikan sendiri latihan tersebut.
Pernah (bukan di HSB @ HKL - di sebuah hospital kerajaan di KL) beberapa tahun lalu, kami dikecewakan apabila rayuan untuk sekadar diberi tunjuk ajar ditolak (walaupun diarah oleh doktor pakar) hanya kerana tidak ada temujanji. Walaupun diterangkan bahawa kami datang dari jauh, permintaan tetap ditolak.
Alhamdulillah, bermula dengan Puan Lim, kini kami mendapat kerjasama yang amat baik daripada staf Unit Fisioterapi HSB. Malah Puan Lim pernah meminta ayah Solehah membantu pesakit-pesakit yang lain semasa di kolam.
Catatan:
Kami pernah ke Pusat Kanak-Kanak Sepastik Pulau Pinang untuk mendapat tunjuk ajar daripada Encik Bala (kalau tak salah ingatan), seorang guru yang dipinjamkan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Wednesday, 17 March 2010

Tahfifah: On 'Gift Suggestions'

~ Abang Syimi & Kak Hani + Mak Su Lom ~
Two days ago (Monday, 15/03/10) Solehah & family attended another wedding kenduri. It was Solehah's cousin (sebelah mama) - Abang Syimi. Due to the walking ability, Solehah's movement during the kenduri was limited. She was rushed back home at 3.30 pm for weekly tuition.
Anyway, to Abang Syimi & wife (Kak Hani):
SELAMAT PENGANTIN BARU
Sesungguhnya, kehidupan memerlukan banyak pengorbanan
&
semoga kekal hingga ke akhir hayat
Below are the suggestions of a gift that you can offer to various people so that you can be forever happy:
To a friend (including wife @ husband) : YOUR HEART
To your enemy : FORGIVENESS
To your opponent : TOLERANCE
To every child (including own son @ daughter) : A GOOD EXAMPLE
To yourself : RESPECT
To all : CHARITY
Catatan:
1. Panduan di atas juga boleh diamalkan oleh semua agar kehidupan kita lebih tenang, tenteram, membahagiakan & tak cepat marah-marah.
2. Untuk yang sedang marahkan orang, renung kata-kata di ruangan RENUNG-RENUNGKAN - di sebelah.
3. Cara Mak Su Lom posing (dalam gambar di atas) tak macam orang anak empat ... he3x - jangan marree.

Anekdot: On 'Local vs Imported'

~ Bangkok International Airport, 28/12/09 ~
A tourist hailed a taxi (Proton Saga) at KLIA & asked to be taken to a hotel which was located in the heart of KL. On the way, a car (Sentra) flew by & the tourist responded, "Oh, Nissan! Made in Japan. Very fast!".
Yet another car (Accord) zoomed by & again the tourist responded, "Oh, Honda! Made in Japan. Very fast!". Not long after, another car (Vios) zipped by. ""Oh, Toyota! Made in Japan. Very fast!".
On arriving at the hotel, the taxi driver pointed to the meter and said, "One hundred and twenty ringgit!"
"Why so much?" the tourist asked.
The taxi driver (complete 100% Malaysian) replied, "Taxi meter! Made in Japan. Very fast!"
Catatan:
Pos ini merupakan kesinambungan pos sebelum iaitu Tahfifah: Teksi Oh Teksi

Saturday, 13 March 2010

Personal: Alhamdulillah

~ Narathiwat (Thailand) Airport ~
Coming home from his office yesterday morning (12/03/10), Solehah told her dad that she had a surprise for him. Alhamdulillah, it was her ability to walk without any assistance. Although it was only a few step, it was a great feeling.
Based on the previous experiences (a leg surgery), helping Solehah to walk again is among the toughest task. After releasing the POP & here are among Solehah's activities done to improve her walking ability:
1. daily physiotherapy (attended by her dad);
2. weekly hydrotherapy at Hospital Sultanah Bahiyah;
3. cycling in the evening; and
4. urut traditional by bomoh.
Catatan:
Sebab dah mula boleh berjalan, Solehah mahukan present (naik flight - MAS pula & bukan AirAsia).

Monday, 8 March 2010

Personal : Back To School

~ Buang Simen Kaki ~
Solehah didn't go to school since the day she was operated and it was more than a month (given a MC). Since then, Solehah's mama took the effort to ask Solehah's friends what they had been taught in school. So throughout her absence, Solehah was given 'a private tuition' either by her mum or dad.
Although still unable to walk, Solehah has to go to school (starting this morning) as the Quarter Year Examination will start today. We were being told that those who are absent will not given another chance to sit for the examination.
Catatan:
1. Mama Solehah agak kesal kerana tiada seorang pun cikgu Solehah bertanya khabar sepanjang ketidakhadiran Solehah - pada hal segelintirnya adalah kenalan.
2. Doakan agar Solehah mendapat keputusan yang baik.

Sunday, 7 March 2010

Tahfifah: Teksi Oh Teksi

~ Safari, Bangkok : 29/03/10 ~
Baru-baru ini (15/02/10) sebuah akhbar perdana melaporkan (tajuk utama) tentang mutu perkhidmatan teksi di Kuala Lumpur. Intipati berita tersebut, banyak yang tidak menyenangkan. Berikut ialah pengalaman Solehah & famili menaiki teksi di Bangkok baru-baru ini:
  • Majoriti teksinya baru & paling banyak Toyota & paling ‘koman’ (lekeh) ialah Toyota Vios – langsung tak jumpa yang buruk.
  • Tambangnya berpatutan – contohnya, pengalaman perjalanan ke Safari (melalui jalan biasa + lebuh raya, melebihi 1 jam & trafic jam) menggunakan meter hanya sekitar Bhat 270 (RM27.00). Hairan bagaimana tambangnya murah kerana harga minyaknya jauh lebih mahal berbanding Malaysia.
  • Pemandunya amat bersopan & tidak banyak karenah – walaupun terhadap penduduk tempatan.
  • Namun, mereka amat takut dengan trafic jam. Enggan pergi kalau destinasi yang dituju mengalami jam yang teruk.

Catatan:
1. Adalah dirasakan perkhidmatan teksi di Bangkok jauh lebih baik berbanding di Kuala Lumpur.
2. Jangan bimbang (tentang tambang) untuk naik teksi di Bangkok – jauh lebih murah berbanding Kuala Lumpur.
3. Abang Solehah (Adi) mungkin bersetuju tentang tambang kerana di Kangar (ketika balik semasa Solehah menjalani pembedahan keenam) dia dikenakan tambang RM15.00 untuk perjalanan yang tidak sampai 5 minit – dari stesen bas Kangar ke Hospital Tunku Fauziah.

Anekdot : Kerja Apa

~ Tok Tam & Jiran : Aktiviti Kacau Bubur Asyura Taman 2010 ~
One of Solehah's family neighbour (as called by Solehah) is Tok Tam. She's a pensioner (a teacher) & well known as a very helpful & caring person in the neighbourhood. Almost everyday she will visit Solehah's house - usually in the evening & sometimes more than once. Beside that she will also give a call. So, if she does not turn up @ call, we always wonder why.
She will always tell stories & even play with Solehah - either play 'congkak' (she's good) or 'main teka teki'. Here is her latest version:
Tok Tam ada seorang cucu penakan - nakal & petah. Semasa di tadika, dia pernah ditanya bapanya kerja apa & dia beritahu yang bapanya kerja askar. Apabila ditanya pula emaknya kerja apa. Selamba & ikhlas dia akan berkata yang emaknya 'kerja buat anak'.
Catatan:
Tentu cucu penakan Tok Tam pernah dengar kata-kata tersebut daripada mulut orang dewasa.