Wednesday 29 July 2009

Personal: Kak Siti

~ Solehah & Her Kak Siti ~
Sering mendapatkan rawatan untuk Solehah membuat kami sekeluarga mengenali erti hati budi. Ratusan kakitangan hospital kerajaan kami temui & bagi kami, 99.9% mempunyai sifat yang ikhlas & terpuji. Hasilnya, Solehah tidak fobia & very comfortable. Kalau berada di hospital, Solehah akan minta dihantar untuk berjumpa dengan mereka yang pernah merawatnya.
Antaranya ialah Puan Siti Zubaidah (Kak Siti to Solehah) - occupational therapist di Hospital Sultanah Bahiyah. Mula kenal Kak Siti ketika umur Solehah satu minggu - untuk membantu menguatkan daya menghisap susu. Kemudiannya berlanjutan (sehingga kini) untuk membuat splint & membantu Solehah berjalan.
Kekerapan mendapatkan rawatan di Unit Cara Kerja, membawa pula perkenalan dengan staf yang lain seperti Abang Hazlee (suami Kak Siti), Kak Sham, Abang Azhar & lain-lain. Kak Siti, Abang Hazlee & keluarga dah jadi macam keluarga sendiri.
Catatan:
1. Kak Siti & suami kini sedang melanjutkan pengajian (secara sambilan) untuk Ijazah Occupational Therapy. Kini di tahun akhir, kalau tak silap. Semoga berjaya & terbuka hati untuk sambung ke peringkat sarjana pula.
2. Kebahagian & kesejahteraan Kak Siti sekeluarga kami doakan kerana mereka merupakan antara mereka yang pernah berbuat baik kepada Solehah dan famili.
3. Kak Siti sudi memberi 'lab coat' yang beliau sedang pakai kepada Zakwan (Solehah's 2nd. brother) ketika kami mengalami masalah untuk mendapatkan yang sesuai.
4. Bapa Hazlee (Haji Omar - mertua Kak Siti) dah jadi 'geng' borak penulis - kami sudah beberapa kali diundang untuk majlis kenduri.

No comments:

Post a Comment