~ Hadiah Yang Amat Berharga ~
Selepas menghantar Solehah ke kelas tution Sabtu lepas (04/07/09), penulis & isteri singgah di sebuah super market - saja-saja buang masa. Kami singgah di sebuah gerai buku. Hajat nak beli buku untuk diri sendiri sempena ulang tahun kelahiran.
Belek-belek, terjumpa buku "Makkah al-Mukarramah: Kelebihan & Sejarah" penulisan Dr. Abdul Basit Hj. Abdul Rahman. Penulis pernah memiliki buku seumpamanya dan sebuah lagi mengenai Madinah - rasanya oleh penulis yang sama. Buku-buku tersebut dibeli semasa berkursus haji beberapa tahun lalu sebagai persiapan menjadi tetamu Allah dan dibawa ke Tanah Suci semasa menunaikan haji. Buku-buku tersebut telah memberi penghayatan yang mendalam kepada penulis semasa menunaikan ibadat haji.
Kini kedua-dua buku tersebut tiada dalam simpanan - entah tersalah letak @ dipinjam rakan yang hendak menunaikan fardhu haji. Namun, buku baru ini lebih cantik & kemas untuk dijadikan koleksi.
Semasa hendak membayar, isteri menunjukkan sebuah buku berjudul "Kembara Atiq Wazif Satu Anugerah" ditulus oleh Hasan Suyut. Melihat saja tajuk & kulit buku tersebut secara sepintas lalu saja penulis bersetuju membelinya. Walau pun penulis membayar, penulis anggap sebagai 'hadiah' daripada isteri (sebab beliau yang menjumpai buku tersebut). Penulis meminta isteri membuat catatan & menurunkan tandatangan pada buku tersebut.
Catatan:
Penulis sudah habis membaca "Kembara Atiq Wazif Satu Anugerah". Selesai membaca, penulis mendapati:
1. Intipati ceritanya hampir sama dengan cerita kami membesarkan Solehah.
2. Pandangan & pengalaman Sdr. Hasan Suyut (penulis buku tersebut - ayah Atiq Wazif) & familinya terhadap orang 'istimewa' dalam keluarga amat sama dengan kami.
3. Penulis rasa amat dekat dengan Sdr. Hasan - rasanya pernah bertemu & berbual. Satu ketika kami juga pernah menjadi 'penghuni' HKL - para suami sering berborak di hadapan Institut Pediatrik pada waktu malam selepas selesai urusan terhadap anak & isteri.
4. Kepada Sdr. Hasan dan famili, kami sekeluarga doakan terus dikurniakan kesejahteraan, kerahmatan, kekuatan & kebahagiaan.
5. 'Hadiah' isteri merupakan pemberian hari ulang tahun terbaik setakat ini.
No comments:
Post a Comment