Sunday 25 July 2010

Personal: Bukan Kerana Memikat

~ Coklat Dari London ~
Kalau tak salah ingatan, salah satu cara Datuk K pikat hati Datuk Siti Nurhaliza ialah dengan memberinya coklat. Tentu coklat mahal. Minggu lepas, Solehah juga menerima hadiah coklat - daripada Cikgu Teh Khoon Seang (sahabat 1 Malaysia - rujuk pos bertarikh 07/04/10) yang baru pulang dari London kerana menghadiri konvokesyen anaknya. Katanya (semasa memberi), "It is from my wife to Solehah."
Bagi ayah Solehah, coklat tersebut lebih mahal nilainya. Pemberian yang tiada apa-apa yang tersirat - ikhlas & bukan untuk memikat - tetapi lebih kepada ingatan & persahabatan. Sebenarnya, bukan hanya Solehah tetapi abang-abangnya juga bukanlah asing kepada cikgu Teh & isteri. Both Solehah's brothers attended free Add Maths tuition dengan cikgu Teh. Thanks cikgu Teh & wife.
Catatan:
1. Tahniah kepada Cikgu Teh & isteri di atas kejayaan anak anda
2. Coklat tersebut cair (masih boleh dimakan, cuma bentuknya hilang) kerana dibiarkan terlalu lama oleh ayah Solehah di dalam kereta - terlupa.

4 comments:

  1. laparla cikgu fauzi tgk coklat tu..

    ReplyDelete
  2. cocolate cayeak tak pa, jangan hati cayeak

    ReplyDelete
  3. hebat...hebat cikgu fauzi

    ReplyDelete
  4. Salam sue-geografi form2, Anonymous 15:55,
    1. Tk semua kerana singgah di blog ini & sudi mencatatkan komen.
    2. Coklat sentiasa ada dalam kocek - jumpa minta, garenti dapat coklat hudson.
    3. Kalau dah tergoda pasti hati cayeak ... maklum iman masih rapuh.
    4. Orang yg hebat saja kenal orang yg hebat. Jadi orang yang iktiraf seseorang itu hebat sebenarnya dialah yang LEBIH HEBAT.

    ReplyDelete