Tuesday 13 July 2010

Jamung: On 'You Are In Trouble'

~ Taman Mini Indonesia, Jakarta : 09/06/10 ~
"Bila ayah nak jadi bos?"
Demikian pertanyaan Solehah semasa dalam perjalanan melancong di Jakarta. Setelah diusul, fahamlah yang ada rakan-rakan kelas Solehah suka membanding-bandingkan & menyatakan yang bapa mereka lebih hebat. Biasalah ... kanak-kanak.
Solehah dinasihati agar tidak terlibat & sentiasa merendah diri. Sukar untuk memahamkan Solehah. Namun, setelah semakin dewasa & membaca peristiwa berikut, diharapkan beliau lebih memahami.
A lawyer who had seem to be a little careless hit the back side of a car in front of him. Refusing to admit his fault, he got off his car & rushed over to the driver of the other car. He said, "Boy, you are in trouble! I'm a lawyer."
The driver looked out his window & said, "No, you are in trouble. I'm a judge."

2 comments:

  1. Ya betul pertanyaan anak tuan tu... Tn. memang layak menjadi boss ( atau dlm kelompok boss) dlm organisasi tuan sekarang.. Kami mendoakan agar ia menjadi reality sebelum bersara...

    ReplyDelete
  2. Salam Tanpa Nama 21:39,
    Terima kasih kerana mendoakan. Namun, saya amat bersyukur dengan status sekarang apa lagi pada baki sisa-sisa kehidupan kerana sering teringat akan terjemahan ayat terakhir Surah al-An'aam iaitu:
    "Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
    (Surah al-An'aam : 165)

    ReplyDelete