Wednesday 18 February 2009

Personal : Solehah & Catatan Pembedahan

Catatan pembedahan ke-5 Solehah:

  1. Pada 14/05/08, Solehah dirujuk oleh Klinik Kanak-Kanak, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kepada terapis pertuturan (kini dikendalikan oleh Puan Nadwah bt. Onwi - anak rakan penulis) di Klinik Otorinolaringologi (ENT) kerana tidak boleh boleh menyebut huruf "k" - disebutnya "t").
  2. Kemudiannya dirujuk pula kepada Dr. Siti Sabzah Mohd Hashim (Dr. Siti), ketua & pakar Klinik ENT. Beliau mencadangkan tonsil Solehah dibuang untuk mengelak demam serta mengalami dengkuran tidur yang seterusnya akan mengakibatkan bentuk muka menjadi panjang.
  3. Tarikh pembedahan ditetapkan pada 16/11/08. Pada 13/11/08, Solehah didaftar & dimasukkan ke Wad 6A. Namun pembedahan dibatalkan kerana Solehah tiba-tiba demam.
    Kami diminta mendapatkan tarikh baru pada 20/11/08.
  4. Tarikh baru pembedahan ditetapkan oleh Dr. Mohd. Ali bin Nadhar Khan pada 08/04/09 - mendaftar masuk wad pada 06/04/09. Itu sahaja tarikh yang ada walaupun kami meminta pada masa cuti sekolah agar pembelajaran Solehah tidak terganggu.
  5. Pada tengahari (1.05 tgh) 29/01/09 (ketika berada di sebuah institusi kewangan) penulis dimaklumkan (melalui telefon) oleh Klinik ENT bahawa tarikh pembedahan telah dipercepatkan & perlu mendaftar sebelum jam 3.00 pada petang itu juga.
  6. Kami bergegas Klinik ENT & dimaklumkan bahawa tarikh pembedahan dipercepatkan kerana ada kekosongan. Setelah pemeriksaan awal kami diminta membuat pendaftaran.
  7. Kami mendaftar & di tempatkan di Wad 6A (Katil No. 7). Oleh kerana pakar bius tiada & persiapan kami ala-kadar, kami pohon untuk pulang dengan janji untuk datang kembali pada pukul 7.00 petang. Malam itu kami tidur di HSB.
  8. Keesokan pagi (Jumaat, 30/01/09) kami sekali lagi pohon untuk pulang setelah dimaklumkan bahawa pakar bius hanya akan datang pada hari Sabtu, 31/01/09. Kami dibenarkan pulang oleh Dr. Suhaili & diminta datang semula keesokan harinya jam 7.00 pagi.
  9. Solehah hanya diperiksa oleh pakar bius pada petang Sabtu 31/01/09 & disahkan sihat untuk menjalani pembedahan & ditetapkan giliran kedua. Solehah diminta berpuasa mulai jam 12.00 malam.
  10. Keesokan pagi (Ahad, 01/02/09 - kira-kira jam 9.00 pagi) Solehah di bawa ke bilik pembedahan.
  11. Kira-kira pukul 11.30 pagi, kami dimaklumkan oleh Dr. Siti yang pembedahan itu berjaya tetapi berlaku sedikit komplikasi (pendarahan). Ini disebabkan oleh struktur rahang Solehah yang agak kecil. Untuk kebaikan, Solehah akan ditempatkan di ICU.
  12. Keesokannya (Isnin, 02/02/09), Solehah dipindahkan pula ke PICU (Peadratik ICU).
  13. Solehah dikeluarkan dari PICU & ditempatkan kembali di Wad 6ยช (atas permintaan Solehah sendiri) pada hari Rabu, 04/02/09.
  14. Solehah dibenarkan pulang (atas permintaan & janji untuk kembali jika ada sebarang masalah) pada petang keesokan harinya (Khamis, 05/02/09).

*Catatan Penulis:
1. Thanks to Dr. Siti & her ENT team – for caring & the job well done.
2. Thanks to the Staff of: ICU, PICU, Wad 6A & Operation Room – for the good survice, caring & understanding.
3. Family members – for all the support.

No comments:

Post a Comment