Thursday, 2 December 2010

Santai: On 'Facebook'

~ Ain : Foto Dari Blog 'Kau Yang Teristimewa' ~
Memperkatakan tentang facebook (fb) dalam pos sebelum ini, ayah Solehah teringat akan satu email yang diterima pada 04/11/10 yang lalu. Email tersebut daripada Puan Megasenjasari Hana (MH) - kenalan maya.
MH ialah penulis blog ‘Kau Yang Teristimewa’, blog mengenai anak istimewa beliau (kelainan upaya) iaitu Ain Ramadhani. Rujuk: ain-kauyangteristimewa.blogspot.com/.
Dalam emailnya, MH menulis (dibuat sedikit editing):
Terima kasih byk krn masih mengunjungi blog Ain. Kami juga masih mengunjungi blog Solehah bila ada kesempatan. Kami cuba mencari fb Solehah tapi masih tak jumpa. fb Ain menggunakan nama 'Ain rahmadhania' - email: ************@yahoo.com (adik Ain & abang Ain yang uruskan).
Salam sayang juga buat Solehah. Semoga Solehah dirahmati Allah selalu, amin. Salam juga buat seisi keluarga.
Demikian bagaimana media baru menjadi penghubung antara dua keluarga. Namun, terdapat golongan yang menjadinya medan penyebar unsur-unsur yang menyesakkan dada. Alangkah baik jika digunakan untuk perkara-perkara yang lebih bermanfaat.
Catatan:
1. Meski belum pernah bertemu muka, keluarga Solehah turut berkongsi rasa dengan Ain & famili - blog (media baru) menjadi perantara.
2. Abang sulung Solehah (yang kini berada di KL) pernah menyuarakan (kepada Solehah) hasrat untuk mengunjungi Ain bila kelapangan.
3. Semoga keadaan Ain sentiasa bertambah baik. Juga didoakan seluruh famili Ain diberi kekuatan secara konsisten untuk memastikan Ain mendapat yang terbaik.

No comments:

Post a Comment