Thursday, 2 December 2010

Santai: On 'Beralih Arah'

~ Solehah & Her Pak Cik : 2010 ~
Berbicara tentang tabiat membaca (pos sebelum ini), ayah Solehah teringat akan Pak Cik Solehah. Berdasarkan pemerhatian, dia seorang yang sangat suka membaca berbanding anak-anak Cikgu Mat Pedu yang lain. Semasa bercuti di kampung, ada saja buku yang dibaca terutama selepas solat subuh @ ada kelapangan.
Namun, kepulangannya yang terakhir (aidiladha 1431H yang lalu) ternyata amat berbeza. Tidak lagi kelihatan dia membaca. Ruang yang dahulunya digunakan untuk membaca, kini diganti dengan mengadap notebook - beralih arah kepada facebook (fb). Dia kelihatan sangat aktif @ 'kemaruk' dengan fb. Dialah juga yang memperkenalkan & mendaftar fb untuk Solehah.
Catatan:
1. Solehah amat rapat dengan Pak Cik Khir (PCK - bukan Phua Chu Kang). Walaupun berjauhan, sering berkomunikasi secara maya.
2. PCK merupakan 'idola' Solehah. Apa yang PCK buat, dia contohi. Tabiat membaca PCK sepatutnya tumpah kepada Solehah. Namun seperti PCK, Solehah pun dah mula malas membaca - ketagih fb.
3. Solehah juga meminta abang sulungnya adakan fb.

2 comments: